loading...
Syaaban adalah bulan ke-8 kalendar Hijriah yang mempunyai 28 hari padanya. Terdapat banyak perbezaan pendapat berkaitan maksud ‘Syaban’ ini.
#1 – Pendapat Pertama
‘Syaaban’ berasal daripada perkataan bahasa Arab, iaitu: ‘Syaaba-Yasy’abu-Syaaban’ atau ‘Syaabanun’ yang bererti ‘berpisah’ atau ‘berpencar’.
Pendapat ini berdasarkan fakta tentang sejarah bangsa Arab terdahulu yang saling berpencar dan berkeliaran pada bulan tersebut untuk mencari sumber air demi kegunaan mereka ketika bulan Ramadan nanti.
#2 – Pendapat Kedua
‘Syaaaba-Yasy’abu-Syaaban’ atau ‘Syaabanun’ bermaksud ‘muncul’ dan ‘nampak’.
Pendapat ini disebabkan kedudukan bulan Syaaban yang muncul dan nampak antara Rejab dengan Ramadan, iaitu bulan-bulan yang paling diberi perhatian istimewa dari umat Islam.
#3 – Pandangan Oleh Masyarakat Arab Terdahulu
Masyarakat Arab terdahulu turut menggambarkan kemuliaan Syaaban ini dalam pengertian yang tersendiri antaranya:
#1 – Kemuliaan darjat Rasulullah s.a.w atas kurniaan bulan Syaaban kepada Baginda sehingga dinamakan bulan Syaaban sebagai ‘bulan Nabi s.a.w.
#2 – Keperkasaan dan ketinggian.
#3 – Kebaikan dan kebajikan yang dilakukan pada bulan ini akan mendapat ganjaran pahala yang besar oleh Allah s.w.t.
#4 – Kasih-sayang dan kemesraan.
#5 – Cahaya keimanan dan ibadat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada golongan hambaNya yang bertakwa.
#4 – Terdapat Banyak Peristiwa Istimewa Bulan Syaaban
#1 – Diturunkan ayat suci al-Quran berkaitan kewajipan berpuasa di bulan Ramadan;
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”Surah al-Baqarah:183
#2 – Menurut Imam Nawawi, hari Nisfu Syaaban pada 15 haribulan, tahun ke-2H telah berlaku pertukaran arah kiblat umat Islam: dari Masjid al-Aqsa ke Kaabah di Masjid al-Haram.
#3 – Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun ke-5H. Islam mendapat kemenangan.
#4 – Berlaku Perang Badar yang terakhir pada tahun ke-4H.
#5 – Amalan Baik Yang Dianjurkan Pada Bulan Syaaban
#1 – Memohon ampun dan bertaubat kepada Allah s.w.t.
#2 – Digalakkan melakukan perbuatan yang baik dan terpuji
#3 – Memperbayak puasa sunat atau ganti puasa
#4 – Muhasabah diri
#5 – Memaafkan kesalah orang lain
#6 – Mengeratkan ikatan silaturahim
#7 – Beristigfar
#8 – Berzikir
#9 – Banyakkan berdoa
#6 – Kesimpulan
Umat islam seharusnya bersiap sedia menghadapi bulan Ramadan dengan menyambut kedatangan bulan Syaban dengan sebaik-baiknya, iaitu dengan memperbanyak amalan soleh yang dianjurkan oleh agama Islam.
Bersiaplah akan zahir dan batin dalam menghadapi bulan Ramadaan seperti masyarakat Arab dahulu kala menyiapkan air dalam menghadapi musim panas dan kering.
Bersih dan sucikanlah diri dari sifat-sifat tercela dengan menyiapkan mental agar dapat menghadapi bulan Ramadan dengan penuh ketenangan dan kekhusyukan dalam beribadah.
Semoga dengan segala persiapan kita akan mendapat kemuliaan dan rahmat dari Allah s.w.t sebagai sebuah kemenangan di bulan Ramadhan yang mulia. Amin.
Pernah berkata seorang ulama yang bernama Syaikh Abu Bakar ar-Razak mengatakan bahawa;
“Rejab adalah bulan untuk menanam, Syaaban bulan untuk menyiram dan Ramadan pula bulan untuk memetik hasil.”
loading...
0 Komentar untuk "Jom Kita Kenali Bulan Syaaban"