“ Janganlah tinggalkan dua amalan selepas solat Subuh dan Magrib”...Tolong Sama-Sama Kongsikan Peringatan Kepada Saudara Kita ya....

loading...

Pertama : Membaca sebanyak 10 kali, dalam keadaan masih duduk tahiyat akhir dan tidak berkata-kata, sehingga selesai bacaan :

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ, يحيي ويميت, وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

     “ Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah yang Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”

Kedua : Membaca sebanyak tujuh kali, sebelum berkata-kata  sehingga selesai bacaan :

اللَّهُمَّ أَجِرْني مِنَ النَّار
“ Ya Allah, peliharalah aku daripada api neraka.”


Boleh juga membaca :

اللَّهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النَّار
“ Ya Allah, peliharalah kami daripada api neraka.”



Apakah fadilat amalan yang pertama? 
Hadis daripada Abu Zar berkata, “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda, ‘Barangsiapa yang membaca selepas solat Subuh, dalam keadaan kakinya masih seperti tasyahhud akhir, sebelum berkata-kata sebanyak sepuluh kali, ditulis baginya sepuluh kebaikan, dihapuskan daripadanya sepuluh kejahatan (dosa), diangkatkan baginya sepuluh darjat (kedudukan), dan dia pada hari itu terjaga daripada segala perkara yang dibenci, terbentang daripada syaitan, serta tidak ada suatu dosa yang dapat membinasakannya pada hari itu kecuali syirik (menyekutukan) Allah’. ” (Riwayat at-Tarmizi dengan sanad Hasan, Imam ath-Thobrani menyebutnya di dalam al-Aushot dan al-Kabir. Lihat juga Shahih at-Targhib wa at-Tarhib:  1/306)
     Imam an-Nasa’I menambah, “ Dan baginya setiap yang dibacanya pahala seumpama membebaskan seorang hamba.”
     Imam at-Tabrani menambah, “ Dan baginya setiap apa yang dibacanya pahala membebaskan seorang hamba daripada anak Nabi Ismail dengan harga seorang daripada mereka 12000.”


Apa pula fadilat amalan yang kedua?
Hadis daripada al-Harith bin Muslim daripada ayahnya berkata; Nabi S.A.W bersabda, “ Apabila kamu selesai menunaikan solat Subuh, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: “ Allahumma ajirna min nar” tujuh kali, maka sekiranya kamu meninggal pada hari itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka. Dan apabila kamu selesai menunaikan solat Magrib, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata:   “Allahumma ajirna min nar” tujuh kali, maka sekiranya kamu meninggal pada malam itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka.” (Riwayat Abu Daud dan an-Nasa’i)


*Semoga menjadi amalan dalam membolehkan kita mendapat keampunan daripada Allah S.W.T serta ditempatkan di SyurgaNya..insyaAllah :)
loading...
0 Komentar untuk "“ Janganlah tinggalkan dua amalan selepas solat Subuh dan Magrib”...Tolong Sama-Sama Kongsikan Peringatan Kepada Saudara Kita ya...."

 
Copyright © 2014 ISU sEMASA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info