Inilah keadaan sebenar telaga Air Zam-Zam di Mekah, lihat apa yang ditemui jemaah haji ini amat memeranjatkan...

loading...
Tidak banyak yang tahu bagaimana caranya telaga air zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada satu musim haji, tanpa pernah kering satu kali pun. Seorang pengkaji pernah diperintahkan raja Faisal menyelidiki telaga air zam-zam untuk menjawab tuduhan kotor seorang doktor dari Mesir.

Berapa Juta Liter air zamzam?

Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap musim haji? Mari kita kira secara sederhana. Jamaah haji yang datang dari seluruh pelusok dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah kira-kira dua juta orang. 

Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya. Kalau 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter zam-zam ke negaranya, itu sahaja sudah 10 juta liter. 

Disamping itu sepanjang di Mekah, jika kebanyakan jamaah tinggal 25 hari, dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari, maka jumlahnya sudah 50 juta liter !!.

Keanehan air Zamzam

Pada tahun 1971, seorang doktor dari negeri Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air Zamzam itu tidak sihat untuk diminum. 

Perkiraannya didasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut. Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air Zamzam. Masya Allah.

Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini, dan mengirimkan sampel air Zamzam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah untuk diuji.

Tariq Hussain, jurutera kimia yang bekerja di Institut Pemurnian Air Laut untuk diminum, di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya. 

Pada masa memulai tugasnya, Tariq belum ada gambaran, bagaimana telaga air Zam Zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya.
Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut ketika menyaksikan bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 feet saja (Kira-kira 5 x 4 meter). 

Tidak terbayang, bagaimana caranya telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap musim hajinya. Dan itu berlaku sejak ribuan tahun yang lalu, sejak zaman Nabi Ibrahim AS.

Penyelidikan menunjukkan, mata air zamzam boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air persaat. Dengan demikian, setiap minit akan dihasilkan 660 liter air. Itulah yang mengejutkan.

Tariq mulai mengukur kedalaman air telaga. Dia minta pembantunya masuk ke dalam air. Ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 feet 8 inci. 

Lalu dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tak ditemukan apapun!.

Dia berfikir, mungkin sahaja air telaga ini diambil dari luar melalui saluran pam berkapisiti besar. Bila seperti itu kejadiannya, maka dia boleh melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba. 

Tetapi dugaan ini pun tidak terbukti. Tidak ditemui gerakan air yang mencurigakan, juga tidak ditemui ada alat yang boleh mendatangkan air dalam jumlah besar.

Seterusnya, dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga. Lalu menyuruh berdiri, dan diam ditempat sambil mengamati sekelilingnya. 

Perhatikan dengan sangat cermat, dan laporkan apa yang terjadi, sekecil apapun. Setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil berteriak: 

“Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku. Dan air itu keluar dari dasar telaga”.
Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba masa pengepaman air (untuk dialirkan ke tempat pendistribusian air) berlaku. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti sebelum tempoh pengepaman. 

Aliran air yang keluar, besarnya sama di setiap titik, di semua kawasan. Ini menyebabkan permukaan telaga itu relatif stabil, tidak ada goncangan yang besar.

Mengandungi zat Anti Kuman

Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air Zam zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat. 

Lalu perbezaan air Zam zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium.

Kandungan kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zamzam. Itu mungkin sebabnya air zamzam memberi kesan menyegarkan bagi jamaah yang keletihan.

Keistimewaan lain, komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil, sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini. “Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang tiap tahun.

Boleh Menyembuhkan Penyakit

Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, air Zam zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandung gizi”.

Nabi saw menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”. (HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).

Rasulullah saw pernah mengambil air zamzam dalam sebuah kendi dan tempat air dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah. Air zamzam itu digunakan Rasulullah saw untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.

Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zam zam memang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.

1. Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lainnya, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.

2. Air Zam zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.

3. Yang juga menakjubkan adalah, tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam zam sentiasa bebas dari kontaminasi kuman.

4. Anehnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam zam tetap berair. Dan air zam zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.

Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar jamaah haji membawa air zamzam ketika pulang ke negaranya sebab air zamzam itu boleh sebagai ubat untuk suatu penyembuhan. 

Ini terbukti, banyak jamaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zamzam.KREDIT
loading...
0 Komentar untuk "Inilah keadaan sebenar telaga Air Zam-Zam di Mekah, lihat apa yang ditemui jemaah haji ini amat memeranjatkan..."

 
Copyright © 2014 ISU sEMASA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info