INFO:Beza Dosa dan Pahala

loading...
Sebahagian manusia hari ini tidak mampu menilai antara kebaikan dan keburukan. Kadang kala orang baik dinilai tidak baik dan orang yang tidak baik dinilai sebaliknya. Ada kala kita menyukai perbuatan yang tidak baik dan membenci perbuatan yang baik.

Bagaimana untuk kita membezakannya?

Buat manusia yang fitrahnya taat kepada Allah seperti para sahabat Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam , maka Baginda s.a.w. menjelaskan berdasarkan daripada Nawwas bin Sam’an r.a. berkata : 
: عَنْ النَّوَّاسِ بنِ سَمْعَانَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى الله عليه وسلم قَالَ
“الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ وَاْلإِثْمُ مَا حَاكَ فِي نَفْسِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ”

“Kebajikan adalah akhlak yang baik. Sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan pada jiwamu dan engkau tidak senang perbuatan itu diketahui orang lain.” (HR.Muslim)

Bagi manusia yang jauh dari melakukan ketaatan kepada Allah dan bergelumang dengan maksiat, bagaimana untuk mendapat kebajikan yang disebut oleh Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam?

Tidak ada cara lain bagi mereka kecuali bertaubat, iaitu taubat nasuha dan bertaqwa kepada Allah. Apabila manusia masih senang melakukan kemaksiatan dan tidak taat kepada Allah, maka, Allah tidak akan memberikan petunjuk kepadanya untuk membezakan mana yang baik dan buruk.

Allah subhanahu wa ta’ala berfirman :
إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ سَوَآءٌ عَلَيۡهِمۡ ءَأَنذَرۡتَهُمۡ أَمۡ لَمۡ تُنذِرۡهُمۡ لَا يُؤۡمِنُونَ. خَتَمَ ٱللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمۡ
وَعَلَىٰ سَمۡعِهِمۡ‌ۖ وَعَلَىٰٓ أَبۡصَـٰرِهِمۡ غِشَـٰوَةٌ۬‌ وَلَهُمۡ عَذَابٌ عَظِيمٌ

“Orang-orang yang kafir, sama saja bagi mereka, apakah engkau memberi peringatan kepada mereka atau tidak, mereka tak akan beriman. Allah menutup hati mereka dan pendengaran mereka, sedangkan di mata mereka terdapat tabir yang menutupi, dan bagi mereka azab yang besar.”

(Surah al-Baqarah : 6-7)


Dengan bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan memberinya PEMBEZAAN(FURQAN) dan CAHAYA (NUR), yang dengan itu orang bertaqwa dapat membezakan mana yang baik dan buruk buat dirinya.

Firman Allah taala :
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَتَّقُواْ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّكُمۡ فُرۡقَانً۬ا وَيُكَفِّرۡ عَنڪُمۡ سَيِّـَٔاتِكُمۡ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ‌ۗ
وَٱللَّهُ ذُو ٱلۡفَضۡلِ ٱلۡعَظِيمِ

“Hai orang-orang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kepadamu furqan dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahan dan mengampuni (dosa-dosa)mu. Dan Allah mempunyai karunia yang besar”. (Surah al-Anfal : 29)

Firman Allah taala lagi :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَآمِنُوا بِرَسُولِهِ يُؤْتِكُمْ كِفْلَيْنِ مِن رَّحْمَتِهِ
وَيَجْعَل لَّكُمْ نُورًا تَمْشُونَ بِهِ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ۚ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Hai orang-orang yang beriman (kepada para rasul), bertakwalah kepada Allah dan berimanlah kepada Rasul-Nya, nescaya Allah memberikan rahmat-Nya kepadamu dua bahagian, dan menjadikan untukmu cahaya yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan dan Dia mengampuni kami.Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah al-Hadid : 28)

Wallahu a’lam.

Di sediakan oleh,

Siti Amirah binti Ismail...sumber
loading...
0 Komentar untuk "INFO:Beza Dosa dan Pahala"

 
Copyright © 2014 ISU sEMASA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info