loading...
Adakah anda mendapat tidur yang tenang dan aman setiap malam? Kalau anda selalu tidur dan berdengkur dengan kuat, jangan anggap itu perkara yang remeh, sebaliknya anda mungkin adalah penderita ‘sleep apnea’. Tak tahu apa itu ‘sleep apnea’? Jom kita baca mengenai gangguan ketika tidur ini supaya anda lebih berjaga-jaga!Apa itu Sleep Apnea?
‘Sleep apnea’ adalah satu simptom yang kronik dan merbahaya dimana nafas seseorang itu terhenti ketika tidur. ‘Apnea’ bermaksud ‘ no breath’. Situasi sleep apnea ini berlaku apabila ruang nafas anda tertutup dan tiada ruang di paru-paru ketika tidur. Untuk lebih jelas, situasinya adalah sebegini :
1. Pada tahap awal ketika anda tidur, pernafasan anda adalah normal dan mendapat tidur yang tenang.
2. Setelah seketika, anda mula berdengkur dan inilah situasi dimana saluran pernafasan atau saluran udara anda telah tersumbat. Oleh kerana saluran udara ke paru-paru sudah tersumbat, jadi tiada bekalan udara di dalam paru-paru yang menyebabkan anda mendengkur keras.
3. Otak akan menghantar signal bahawa anda perlu bernafas seperti biasa tetapi sebenarnya anda sedang mengalami masalah pernafasan. Untuk beberapa minit, anda mungkin akan terjaga dari tidur untuk mengambil nafas dan tidur semula seperti biasa.
4. Situasi ini akan berlanjutan sepanjang malam, anda akan tidur, berdengkur, terjaga dari tidur, mengambil nafas dan tidur semula. Setiap malam perkara ini akan berulang.
Simptom ‘Sleep Apnea’
1. Dengkur yang kuat, kronik
2. Tersedak atau susah bernafas ketika tidur
3. Sakit kepala pada waktu pagi
4. Masalah memori atau gangguan ketika belajar
5. Mood tak stabil, depresi
6. Tekak berasa kering
7. Rasa mengantuk sepanjang hari
Adakah anda mendapat tidur yang tenang dan aman setiap malam? Kalau anda selalu tidur dan berdengkur dengan kuat, jangan anggap itu perkara yang remeh, sebaliknya anda mungkin adalah penderita ‘sleep apnea’. Tak tahu apa itu ‘sleep apnea’? Jom kita baca mengenai gangguan ketika tidur ini supaya anda lebih berjaga-jaga!
Apa itu Sleep Apnea?
‘Sleep apnea’ adalah satu simptom yang kronik dan merbahaya dimana nafas seseorang itu terhenti ketika tidur. ‘Apnea’ bermaksud ‘ no breath’. Situasi sleep apnea ini berlaku apabila ruang nafas anda tertutup dan tiada ruang di paru-paru ketika tidur. Untuk lebih jelas, situasinya adalah sebegini :
1. Pada tahap awal ketika anda tidur, pernafasan anda adalah normal dan mendapat tidur yang tenang.
2. Setelah seketika, anda mula berdengkur dan inilah situasi dimana saluran pernafasan atau saluran udara anda telah tersumbat. Oleh kerana saluran udara ke paru-paru sudah tersumbat, jadi tiada bekalan udara di dalam paru-paru yang menyebabkan anda mendengkur keras.
3. Otak akan menghantar signal bahawa anda perlu bernafas seperti biasa tetapi sebenarnya anda sedang mengalami masalah pernafasan. Untuk beberapa minit, anda mungkin akan terjaga dari tidur untuk mengambil nafas dan tidur semula seperti biasa.
4. Situasi ini akan berlanjutan sepanjang malam, anda akan tidur, berdengkur, terjaga dari tidur, mengambil nafas dan tidur semula. Setiap malam perkara ini akan berulang.
Simptom ‘Sleep Apnea’
1. Dengkur yang kuat, kronik
2. Tersedak atau susah bernafas ketika tidur
3. Sakit kepala pada waktu pagi
4. Masalah memori atau gangguan ketika belajar
5. Mood tak stabil, depresi
6. Tekak berasa kering
7. Rasa mengantuk sepanjang hari
Akibat ‘Sleep Apnea’
Jangan pandang ringan apabila mengalami masalah ketika tidur ini, anda perlu segera berjumpa dengan pakar sekiranya masalah ini berlanjutan.
1. Mudah untuk terkena penyakit kardiovaskular. Hal ini kerana ‘sleep apnea’ ini boleh merosakkan otak, jantung dan organ lain.
2. Apbila kurang tidur kerana kurang selesa, anda mungkin akan selalu menjamah makanan tidak kira waktu. Hal ini akan menjerumus kepada masalah penambahan berat badan. Ingat! Kegemukan adalah punca kepada pelbagai jenis penyakit.
3. Penderita sleep apnea akan selalu berasa mengantuk, kurang konsentrasi, lelah dan sakit kepala pada waktu siang kerana tubuh dan otak tidak cukup tidur pada waktu malam. Jadi, anda harus berhati-hati ketika memandu ya!
4. Kematian mengejut. Risiko untuk kematian mengejut ini agak tinggi sebenanrnya kerana jantung akan secara tiba-tiba berhenti dari berfungsi!
Siapa yang lebih beriisiko?
1. Lelaki
2. Umur 40 tahun ke atas
3. Berbadan besar atau obes
4. Keturunan/ Ahli keluarga juga adalah penderita ‘sleep apnea’
5. Perokok
Rawatan untuk penderita sleep apnea
Sleep apnea ini dikatakan tiada ubatnya. Namun apa yang disarankan adalah untuk anda mengubah cara hidup. Antara perkara yang boleh anda lakukan adalah :
1. Kurangkan berat badan. Ini amat penting kerana masalah berat badan adalah punca kepada pelbagai jenis penyakit.
2. Berhenti merokok. Merokok adalah penyebab kepada keradangan pada tekak dan boleh menjurus kepada sleep apnea.
3. Jauhkan alkohol atau pil tidur
4. Selalu bersenam. Selari dengan mengurangkan berat badan, amat penting untuk anda selalu bersenam. Jangan hanya tumpukan kepada senaman yang membosankan, sebaliknya anda boleh pergi bermain badminton atau bola jaring.
5. Jangan ambil minuman berkafein dan makanan berat dua jam sebelum tidur
6. Ikut jadual tidur yang betul. Jika anda mengikut jadual tidur yang konsisten pada setiap malam, makan anda berpotensi untuk mendapat tidur yang secukupnya pada waktu siang.
Mungkin ramai yang mengalami situasi ini tetapi tidak tahu puncanya. Diharapkan semoga anda segera untuk berjumpa pakar supaya perkara yang lebih serius dapat dielakkan.
Sumber: SirapLimau
loading...
0 Komentar untuk "Anda Selalu Berdengkur Ketika Tidur? Awas, Ini Mungkin Puncanya!"