Kucing Miliki Kuasa Psikik Dijual Dengan Harga RM370,000

loading...

Seekor kucing didakwa mempunyai kuasa ‘psikik’ dijual kepada seorang bomoh atau ‘ahli sihir’ dengan harga £67,000 (RM370,000).

Laporan TheSunUk, pemilik kucing itu, Dmitry R dari Blagoveshchensk, Rusia memberitahu haiwan peliharaannya bernama Charles Utkins itu diwarisi daripada mak ciknya.

Ia mampu melepaskan diri dari kandangnya sendiri malah boleh membaca minda serta merangsang fikirannya (Dmitry).

“Pintu bilik tertutup, dan kucing itu dikurung di tempat lain. Tiba-tiba ianya muncul di dalam bilik dari belakang pintu yang tertutup, biarpun tiada siapa yang melepaskannya.



“Charles juga boleh membaca fikiran, tapi lebih teruk lagi, dia boleh merangsang fikiran dan kesemua yang ada di fikiran akan tertunai malah ianya sukar untuk ditolak.”

Selain itu, Charles juga menyebabkan rumah tangganya tegang di mana isterinya berasa tidak senang dengan situasi ‘membaca fikiran’.


Walaubagaimanapun, kelebihan Charles menarik perhatian seorang ‘ahli sihir’ dan menawarkan untuk membelinya dengan harga £67,000 (RM370,000).

loading...
0 Komentar untuk "Kucing Miliki Kuasa Psikik Dijual Dengan Harga RM370,000"

 
Copyright © 2014 ISU sEMASA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info