loading...
SYDNEY: Seorang wanita bertindak kurang bijak apabila menghubungi polis bagi mengadu tentang kenaikan harga ganja yang dibeli olehnya.
Wanita yang tidak dinamakan itu menelefon polis meminta agar pihak berkuasa itu melancarkan siasatan untuk menyelesaikan masalah terbabit.
Bagaimanapun, wanita itu meletakkan gagang telefon apabila polis meminta maklumat mengenai dirinya.
Polis di Wilayah Utara Australia menganggap panggilan itu sebagai sesuatu yang melucukan dan menyiarkan kenyataan mengenai laporan luar biasa itu bagi menggalakkan orang ramai tampil membuat aduan jika mereka menghadapi 'masalah yang sama'.
"Jika anda mengenali pengedar dadah yang mengenakan bayaran tinggi, sila hubungi kami. Bantuan sedia diberikan," jelas kenyataan polis yang disiarkan dalam laman sosial Facebook.
Beribu-ribu pengguna Facebook memberikan komen tentang kenyataan tersebut dan mereka menganggap panggilan wanita berkenaan sebagai melucukan.
Sumber :mStar Online
loading...
0 Komentar untuk "'Hello, Polis..' - Wanita Telefon Polis Minta Siasat Kes Harga Ganja Naik"