loading...
Saya sempat belajar dgn almarhum di Darul Syifa’ Bangi sekitar tahun 2009 bersama ustaz Al Rania dan ustaz Ihsan Abdullah. Almarhum TGHD seorang yg sangat merendah diri dan terlalu sedikit cintakan dunia bahkan ikhlas dlm merawat pesakit, walaupun individu tersebut dari ideologi parti berbeza.
Pernah almarhum bercerita kepada kami para pelajar. Kisah beliau pernah menasihati satu pasangan yg mana si isteri hampir menggugurkan kandungannya kerana belum bersedia menerima cahaya mata (kalau tak silap saya). Pasangan ini daripada keluarga berada. Hasil nasihat dan teguran dari almarhum, pasangan ini membatalkan niat utk menggugurkan kandungan. akhirnya mereka mendapat cahaya mata yang sihat dan sempurna.
Lalu si suami menjemput almarhum untuk mentahnik dan memberi nama kepada anak tadi kerana terhutang budi dgn almarhum. Selesai tahnik, si suami menyerahkan sampul kepada almarhum, katanya sedikit sumbangan ikhlas. Almarhum berkeras menolak namun si suami tetap mahu memberi.
Setelah pulang, beberapa lama kemudian barulah almarhum teringat pada sampul yg diberikan tadi. Sebelum buka sampul, terdetik dalam hati ” mungkin RM100 atau lebih sikit”. Namun apa yg memeranjatkan, isi sampul tersebut adalah sekeping cek yg tertera RM 1,000,000.00!!!
Almarhum telefon kepada si suami tadi dgn mengandaikan beliau tersilap, tp si suami mengatakan memang beliau berniat utk memberinya kepada almarhum. “Ustaz gunalah duit tersebut utk apa2 pun”.
Lalu almarhum teringat tentang janji beliau beberapa bulan sebelum itu di sebuah masjid di Langkawi. Pihak AJK masjid memaklumkan, kos utk membina masjid baru adalah berjumlah RM1.4 juta. Ketika itu almarhum kata, “saya tak dak jumlah sebanyak tu. kalau saya ada, saya mesti bagi”. Teringatkan janji tersebut almarhum terus menyerahkan cek tersebut kepada pihak masjid. Mereka begitu gembira bahkan berkali2 berterima kasih kepada almarhum. Kata almarhum, “bukan saya, tp ada seorang lelaki yg bagi cek ni pada sy. Saya tlg sampaikan saja”.
Akhirnya masjid td berjaya disiapkan. Pada majlis perasmian masjid, almarhum mengajak si suami td menemani beliau ke Langkawi. Dalam ucapan beliau, almarhum memperkenalkan kepada penduduk tempatan ttg lelaki yg memberikan cek RM 1 juta kpd beliau. Si suami td terkejut. ” Ustaz guna duit tu utk masjid?” Soal beliau terkejut. Almarhum hanya tersenyum.
Moral of story, almarhum berpesan kepada kami para pelajar, org agama tidak perlu kejar dunia. Jika mereka ikhlas, insya Allah dunia yg akan kejar mereka. Kisah ini saya ingat sampai sekarang. Semoga Allah SWT menempatkan almarhum di sisi para anbiya’ dan solihin.
Credit: Abu Anas Mohamad Lutfi
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه….
loading...
0 Komentar untuk "Kisah Bagaimana Tuan Guru Haron Din Terima Dan Belanjakan Wang RM 1 Juta"