Cara Menyelamatkan Diri dari Dajjal di Akhir Zaman.. KONGSIKAN kepada Emak dan Kakak kita kerana PEREMPUAN paling BANYAK menjadi PENGIKUT DAJJAL!!

loading...



Telah dijelaskan sebelum ini menjelangnya kemunuculan Dajjal, kaum muslim mempunyai kekuatan yang besar dan terlibat dalam peperangan dan berjaya. Dajjal muncu untuk menghancurkan kekuatan Islam yang telah berjaya mengalahkan negara terkuat pada masa itu, yakni bangsa Rom. Kaum muslim juga berjaya merebut kembali Konstantinopel. 


Pada saat itu, syaitan berteriak bahawa dia telah menjamin (harta) anak keturunan kaum muslim, sehingga mereka meninggalkan harta ganimah dan kembali ke kampung halaman mereka. Kemudian Dajjal muncul, maka kaum muslim tidak meletakkan senjata mereka. Ketika Nabi Isa turun, dia melihat kaum muslim "bersiap sedia untuk berperang dan merapatkan barisan." Tidak ragu lagi, pada ketika itu, setiap muslim bergabung dengan kekuatan Islam yang memikul bendera jihad fisabilillah dan berpegang teguh di atas kebenaran walaupun apa jua ujian yang menimpa. Inilah yang diwasiatkan oleh Rasulullah SAW yang menceritakan kemunculan Dajjal, "Dajjal keluar di daerah antara Syam dan Iraq. Kemudian dia membuat kerosakan di sebelah kanan dan kirinya. Wahai hamba Allah! Kuatkan iman kalian!" (HR. Muslim 2937 dan Ibn Majah 4075).


Setiap muslim tidak dibenarkan mendatangi Dajjal, walau pun dia percaya pada dirinya sendiri. Sebab, Dajjal mempunyai tipu daya yang boleh menggoncangkan iman. Dalam hadis Abi Dawud diriwayatkan dengan sanad sahih daripada Imran ibn Husain bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Siapa mendengar ada Dajjal, hendaklah dia menjauhi dirinya. Demi Allah, seorang lelaki mendatanginya dengan rasa percaya diri sebagai seorang mukmin, namun akhirnya dia mengikuti Dajjal, kerana tipu daya yang dilakukannya. "


Orang yang tidak mampu melawannya boleh lari. Inilah yang dilakukan oleh kebanyakan orang pada masa itu. Dalam Shahih Muslim diriwayatkan bahawa Ummu Syarik berkata, "Aku mendengar Nabi SAW bersabda, 'Orang-orang akan lari ke gunung kerana (takut) Dajjal'."


Bila seorang mukmin terpaksa menghadapinya, dia harus melawan dengan kebenaran dan hujjah (argumentasi yang kuat). Dalam hadis disebutkan, "Bila dia (Dajjal) muncul dan aku bersama kalian, aku akan berdebat dengannya. Bila dia muncul ketika aku tidak bersama kalian, seseorang akan berdebat dengannya, dan Allah menjadi penggantiku atas setiap muslim. "


Rasulullah SAW memberikan pengetahuan tentang Dajjal. Dajjal mempunyai fizikal yang boleh melihat, makan, minum, sedangkan Allah tidak dapat dilihat di dunia, suci dari makan dan minum. Dajjal mempunyai cacat di matanya. Dalam hadis dinyatakan, "Dia adalah pemuda berambut keriting pendek, matanya menonjol seolah-olah dia mirip dengan Abdul 'Uzza ibn Quthn.


Oleh itu, tuntutan orang yang demikian sebagai Tuhan merupakan dusta dan bohong. Rasulullah SAW memerintahkan orang yang bertemu dengannya agar membaca surah al-Kahfi. Sabda Rasul SAW, "Siapa yang menemuinya, hendaklah dia membaca surat al-Kahfi." 


Dalam hadis Abu Umamah dinyatakan, "Sesungguhnya di antara fitnahnya, dia (Dajjal) mempunyai syurga dan neraka. Nerakanya adalah syurga, surganya adalah neraka. Siapa diuji dengan nerakanya, hendaklah ia mohon pertolongan kepada Allah dan membaca awal surat al-Kahfi..."


Dalam hadis sahih disebutkan, "Orang yang hafal sepuluh ayat dari surat al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal." 


Menurut sebahagian hadith, diterangkan bahawa yang dimaksudkan adalah surah awal al-Kahfi dan menurut sebahagian lagi adalah akhir surat al-Kahfi. 


Kenapa membaca awal dan akhir surat al-Kahfi boleh melindungi kita dari Dajjal? Sebahagian ulama menjawab: Itu kerana Allah memberitahu di awal surah ini bahawa Allah melindungi para pemuda al-Kahfi dari penguasa zalim yang hendak membinasakan mereka. Jadi, Allah menyambung bahawa keadaan orang yang membaca ayat-ayat ini sama seperti keadaan para pemuda itu, yakni diselamatkan dari Allah. 


Ada lagi pendapat yang menyatakan bahawa itu kerana di awal surah al-Kahfi ada keajaiban-keajaiban dan tanda-tanda yang meneguhkan hati orang yang membacanya, sehingga dia tidak terkena fitnah Dajjal, serta tidak merasa aneh, tidak tertipu dan tidak terpengaruh dengan apa yang di bawa Dajjal. 


Di antara perkara yang dapat melindungi kaum muslim dari Dajjal adalah berlindung ke Mekah atau Madinah, kerana Dajjal tidak boleh masuk ke dalam bandar tersebut. 


Rasulullah SAW telah menyebutkan kepada kita bagaimana orang lelaki yang soleh menghadapi Dajjal dengan kebenaran dan dia bersikap dan berkata tegas kepada Dajjal, sebagaimana dijelaskan dalam hadis di atas. 


Hal lain yang dapat menyelamatkan diri dari Dajjal adalah berlindung kepada Allah dari fitnah Dajjal. Hadis-hadis nabi memerintahkan seorang muslim untuk berlindung kepada Allah dari fitnah Dajjal. Dalam Sahih al-Bukhari diriwayatkan bahawa Aisyah berkata, "Aku mendengar Rasulullah berlindung dalam solatnya dari fitnah Dajjal." 


Rasulullah SAW selalu bertaawuz dari fitnah Dajjal setelah tasyahud. Beliau berdoa: "Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepadaMu dari azab jahannam, azab kubur, fitnah hidup dan mati, serta fitnah Almasih Dajjal." 


*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com | Ensiklopedia Kiamat / Karya: Dr Umar Sulayman al-Asykar / Penerbit: Serambi
loading...
0 Komentar untuk "Cara Menyelamatkan Diri dari Dajjal di Akhir Zaman.. KONGSIKAN kepada Emak dan Kakak kita kerana PEREMPUAN paling BANYAK menjadi PENGIKUT DAJJAL!!"

 
Copyright © 2014 ISU sEMASA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info