loading...
TIADA mangsa selamat di kesan di Laut Hitam, lokasi kemalangan pesawat tentera TU-154 setakat ini.
MOSCOW: Tiada mangsa selamat di kesan di Laut Hitam, lokasi kemalangan pesawat tentera TU-154 setakat ini, kata jurucakap tentera, Mejar Jeneral Igor Konashenkov kepada pemberita, hari ini.
Pesawat itu yang membawa 92 orang termasuk kumpulan Koir Tentera Merah, penari dan ahli orkestra terhempas ke laut ketika dalam peralanan ke Syria pada pagi Ahad.
Kementerian Pertahanan Russia berkata, pesawat itu dilaporkan hilang daripada radar pada 5.25 pagi (0225 GMT), dua minit selepas berlepas dari Adler di selatan Russia ketika ia berhenti untuk mengisi minyak untuk meneruskan penerbangan ke Syria.
Selain 60 ahli koir Tentera Merah yang turut dikenali sebagai 'Alexandrov Ensemble' yang diterbangkan khas ke pangkalan udara Hmeymim Russia di Syria untuk menghiburkan tentera menjelang sambutan tahun baru.
Sembilan wartawan Russia turut berada di dalam pesawat termasuk anggota petugas tentera.
Konashenkov berkata serpihan pesawat sudah ditemui pada kedalaman 70 meter di Laut Hitam kira-kira 1.5 kilometer dari pantai dekat bandar Sochi.
"Operasi mencari masih diteruskan. Empat kapal, lima helikopter dan pesawat tanpa pemandu melakukan usaha mencari di kawasan itu," katanya.
Katanya lagi, suruhanjaya tentera telah diterbangkan ke Sochi untuk melihat apa sebenarnya yang berlaku. - AGENSI
loading...
0 Komentar untuk "92 maut termasuk Koir Tentera Merah Russia !!....ADAKAH INI TANDA KEMURKAAN ALLAH.."