Panduan Mengerjakan Solat Sunat Tahajud Beserta Doa

loading...

Solat sunat pada waktu malam sesudah bangun dari tidur walupun sekejap (terlelap). Waktunya adalah selepas Isyak sehingga  Subuh. Masanya yang lebih afdal adalah selepas 2/3 malam.

Sepertimana  hadis Rasullullah s.a.w


“Allah turun ke langit dunia sepertiga yang akhir pada waktu malam, lalu berseru Adakah orang yang memohon (berdoa), pasti akan Ku kabulkan, adakah orang yang meminta, pasti akan Ku beri dan adakah yang mengharap ampun, pasti akan Aku ampuni baginya sampai tiba waktu subuh”

Firman Allah




“ Hendaklah engkau gunakan sebahagian waktu malam itu untuk solat tahajjud, sebagai solat sunat untuk dirimu, mudah-mudahan Tuhan akan membangkitkan engkau dengan kedudukan yang baik” Surah: al-Israa’, ayat: 79

1. Lafaz niat 



“Aku solat sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala” 

2. Doa Tahajjud

Dalam hadis Bukhari dinyatakan bahawa Rasulullah pada masa mengerjakan solat tahajjud akan membacakan doa berikut selepas solat :







“Ya Allah, bagiMu segala pujian. Engkaulah penegak langit dan bumi dan alam semesta serta segala
isinya. BagiMulah segala puji. Engkau raja penguasa langit dan bumi . BagiMulah segala puji. Pemancar cahaya langit dan bumi. BagiMulah segala puji. Engkaulah yang benar, dan janjiMu adalah dan neraka adalah benar, dan nabi-nabi itu benar, dan nabi Muhammad saw adah benar, dan saat hari kiamat itu benar. Ya Allah kepadaMulah kami berserah diri (bertawakal), kepada Engkau jualah kami kembali, dan kepadaMulah kami rindu, dan kepada Engkaulah kami berhukum. Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan mahupun yang kami nyatakan. Engkau tuhan yang terdahulu dan tuhan yang terakhir. Tiada tuhan melainkan Engkau Allah Rabbul ‘alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah”


3. Membaca istighfar



“ Aku memohon keampunan daripada Allah Yang Maha Agung dan aku bertaubat kepadaNya”

Setelah selesai membaca doa tersebut berbaringlah di tempat tidur, sambil membaca ayat kursi, kemudian surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas.
loading...
0 Komentar untuk "Panduan Mengerjakan Solat Sunat Tahajud Beserta Doa"

 
Copyright © 2014 ISU sEMASA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info