loading...
Tehran: Akibat memiliki paras rupa yang hampir serupa dengan bintang bola sepak, Lionel Messi, lelaki kelahiran Iran ternyata mendapat masalah apabila hampir dipenjarakan kerana mengganggu ketenteraman awam pada minggu ini.
Reza Paratesh dibawa polis ke balai apabila terlalu ramai yang mengambil kesempatan ber'selfie' dengan Paratesh di bandar raya Hamedan hujung minggu lalu. Turut diangkut, kereta milik Hamedan.
Polis menahan Hamedan untuk menghentikan kekecohan dan melicinkan perjalanan trafik yang sesak akibat orang ramai berselfie dengan Hamedan.
Persamaan wajah mereka amat ketara sehingga rangkaian sukan Eurosport UK dilaporkan secara tidak sengaja menggunakan gambar di Twitter baru-baru ini ketika berbicara mengenai Messi yang sebenar.
Kekecohan bermula beberapa bulan lalu apabila bapa Parastesh yang gilakan sukan bola sepak memaksa pelajar berusia 25 tahun itu bergambar dengan memakai jersi nombor 10 kelab Barcelona dan menghantar gambar itu kepada laman web sukan.
"Saya menghantar gambar itu pada satu malam dan menjelang pagi, mereka menghubungi saya dan menggesa saya hadir segera untuk sesi temubual," katanya.
Walaupun keberatan pada awalnya, Parastesh semakin selesa dengan peranan barunya, memotong rambut seperti Messi dan kerap memakai jersi Barcelona apabila keluar.
Ia berbaloi kerana beliau ditempah untuk temubual media malah mendapat kontrak peragaan. "Kini orang ramai melihat saya sebagai Messi Iran dan mahu saya meniru setiap perbuatannya.
"Apabila saya muncul di mana-mana, orang ramai terkejut," katanya.
Sumber: BH Online
loading...
0 Komentar untuk "Lelaki Ditahan Polis Selepas Terlalu Ramai Ingin Berselfie Dengannya Kerana Terlalu Iras Dengan Messi"