loading...
Solat sunat yang dikerjakan bagi mengetahui penentuan dan memohon diberikan petunjuk agar mendapat keputusan yang terbaik.
Istikharah lazim dipraktikkan apabila berlaku ketidakpastian dalam melaksanakan satu-satu maksud.
Mudah-mudahan dengan solat sunat ini, Allah s.w.t menunjukkan petandaNya, kalau baik natijahnya, diteruskan dan kalau tidak baik, tidak akan dilaksanakan.
Solat ini dilaksanakan sebanyak dua (2) rakaat.
1. Lafaz niatnya ialah :
“Aku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala”
2. Doa istikharah:
“Ya Allah, aku memohon agar Engkau memilihkan mana yang baik pada ilmu Engkau ya Allah.
Aku memohon agar Engkau memberikan kepastian melalui ketentuanMu dan aku memohon
limpahan Engkau Yang Maha Agung, kerana sesungguhnya Engkau Yang Maha Berkuasa,
walhal aku tidak tahu dan Engkaulah Yang Amat Maha Mengetahui segala sesuatu yang masih
tersembunyi. Ya Allah, jika persoalan ini...(nyatakan persoalan anda itu di sini)...baik bagiku,
baik bagi agamaku, dan baik bagi hidupku, maka mudahkanlah ia bagiku, kemudian berikanlah
keberkatan didalamnya untukku. Ya Allah, jika sesungguhnya persoalan ini...(nyatakan
persoalan anda itu di sini)... tidak baik bagiku, bagi agamaku dan penghidupanku, juga tidak
baik akibatnya bagiku, maka jauhkanlah hal ini daripadaku, dan jauhkanlah aku daripadanya.
Taqdirkanlah aku (dengan) kebaikan di mana sahaja aku berada kemudian jadikanlah aku
orang yang redha atas anugerah Mu.”
Setelah selesai berdoa, hendaklah memilih keputusan yang lebih cenderung di dalam hati
loading...
0 Komentar untuk "Inilah Panduan Solat Istikharah Beserta Doa"