3 JENIS BAHAN UTAMA SANTAU..kongsikan bersama-sama

loading...


Ada tiga jenis bahan utama yang selalu digunakan untuk menyediakan racun santau.
Bahan-bahan ini terdiri dari benda-benda gatal (miang), bisa dan pedih.
1. Bahan Bisa boleh diperoleh daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.
2. Bahan Miang/Gatal diantaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.
3. Bahan Pedih (melukakan) yang menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.
.
TANDA-TANDA TERKENA SANTAU :
1. Batuk yang berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.
2. Sakit sesak nafas terutaman waktu Maghrib.
3. Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
4. Mimpi bahan-bahan yang miang seperti buluh dan ulat bulu.
5. Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
6. Bawah matanya biru (Seperti orang tak cukup tidur)
7. Istihadah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.
8. Rasa gatal / miang yang berpanjangan pada anggota tertentu.
.
RAWATAN SEGERA !
Sekiranya ada tanda-tanda di atas pada anda atau keluarga anda, maka saya sangat syorkan untuk dapatkan rawatan segera. Ada beberapa kaedah yang boleh diamalkan untuk keluarkan bisa atau tawarkan bisa dalam badan.
1. Minum air kelapa 2 biji sehari.
2. Minum air anak dukung + tebu hitam (susah nak dapa)
3. Rawatan kaedah tepuk menggunakan daun nangka (oleh perawat yang pandai sahaja)
* saya akan cuba terangkan dalam post yang seterusnya step by step.
4. Boleh amalkan mandian bidara dan jus bidara. Jus bidara insyAllah baik untuk pesakit santau. Niatkan untuk keluarkan/tawarkan bisa dalam badan sebelum minum.
.
LIKE & SHARE pada orang ramai moga bermanfaat kepada mereka semua.
loading...
0 Komentar untuk "3 JENIS BAHAN UTAMA SANTAU..kongsikan bersama-sama"

 
Copyright © 2014 ISU sEMASA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info