Sebab Mengapa Perempuan Perlukan Cuti Bersalin Setahun. Yang Paling Menakutkan No.4

loading...

Nampaknya rata-rata kaum wanita hari ini pergi kerja dengan tersenyum memanjang. Ini gara-gara sebuah kenyataan rasmi sebuah bank yang memberi cuti bersalin bukan tiga bulan tetapi setahun.

Walaupun bukan syarikat diwakili, tetapi sekurang-kurangnya boleh berangan jika majikan sendiri turut memberi inisiatif begitu disebabkan mahu beri penumpuan pada anak.

Sebenarnya memang layak kaum wanita untuk menerima imbuhan berkenaan. Ini 10 fakta menarik kenapa wanita yang lepas bersalin perlu merehatkan diri selama setahun.

1. Beribu urat putus
Saat melahirkan anak adalah antara saat di mana seorang ibu itu bersabung nyawa melahirkan nyawa lain. Beribu urat putus kerana proses kita perlu meneran mengeluarkan bayi dikandung. Oleh sebab itu perlu kembalikan semula kesihatan tubuh badan terutama bahagian dalaman sebelum boleh bekerja dengan cergas.

2. Sedih tinggal anak masih kecil

Bagi ibu yang pertama kali pasti akan sedih tinggalkan anak berusia 60 hari untuk bekerja. Justeru kita perlu pastikan anak cukup usia setahun sebelum kembali bekerja. Tiadalah rasa rindu dan asyik menangis di pejabat teringat anak di rumah pengasuh atau taska.

3. Banyak berlaku kes kecuaian

Ini juga antara sebab kenapa wanita wajib cuti bersalin setahun. Banyak sangat kes bayi mati setelah dihantar ke rumah pengasuh atau taska. Memang kena reda tetapi cegah lebih baik bukan.

4. Makin ramai ibu meroyan

Yang ini juga buat kaum ibu kecut perut. Lagi-lagi bagi yang baru bergelar ibu. Boleh meroyan jika emosi terganggu. Misalnya anak asyik menangis atau tidak mahu tidur pada malam hari. Waktu itu mulalah dengar suara-suara halus suruh bunuh bayi ataupun menggunakan senjata tajam cederakannya. Kalau boleh elakkan dengan sentiasa beristighfar.

5. Susah cari pengasuh & bayaran mahal

Kos sara hidup yang meningkat menyebabkan kita berfikir dua kali untuk meletakkan anak ke pengasuh atau taska. Ada yang mengenakan caj sehingga RM800 untuk seorang bayi. Silap hari bulan bayaran dikenakan separuh dari gaji bulanan yang diterima kalau hantar dua atau tiga anak. Lebih baik bagi anak besar sedikit dan caj dikenakan lebih murah.

6. Susah untuk bersama suami
Fobia saat melahirkan anak menyebabkan wanita sering takut untuk berhubungan intim dengan suami. Mulalah bagi alasan, otot vagina belum kuat, takut terkoyak ataupun bimbang anak menangis. Jenis suami tidak makan hati tiada masalah. Tapi kalau sebaliknya jangan menyesal kalau suami mencari orang lain.

7. Penyusuan eksklusif

Ini juga cara untuk jimat memandangkan susu formula sangat mahal. Jika dapat beri anak susu badan sepenuhnya, dikira satu bonus dan paling penting jimat belanja. Lagipun susu badan juga banyak khasiat contohnya anak kurang alami sakit.

8. Bagi tumpuan penuh pada anak

Terutama bagi ibu yang mempunyai anak bermasalah ketika lahir seperti tidak cukup bulan dan sebagainya. Selalunya bayi yang begini akan mudah terdedah pada penyakit lain. Biarlah setahun dulu usianya barulah ibu boleh kembali bekerja. Lagi pun tidak ramai pengasuh atau taska mahu menerima bayi yang mempunyai masalah.

9. Dapat rehat puas-puas

Sebelum bersalin hampir sembilan bulan ibu perlu membawa perut ke sana ke mari. Memang terasa keletihannya lagi-lagi jika bayi di kandung juga berat. Dengan beban kerja yang tidak berkesudahan. Jadi apabila diberi cuti sehingga setahun, inilah masa untuk berehat secukupnya dari memikirkan soal kerja. Ini juga waktu terbaik untuk beri fokus pada bayi yang masih kecil.

10. Jimat belanja


Memang jimat belanja kerana kita tidak akan makan di luar sebaliknya masak. Jika bekerja, setiap hari pasti akan melayang RM50 untuk makan pagi hinggalah petang. Belum lagi bab kawan-kawan ajak ‘shopping’ bila ada jualan murah. Cuma janganlah pula bila duduk di rumah, anda gatal tangan beli barangan ‘online’ yer.

Sumber: Hijabista
loading...
1 Komentar untuk "Sebab Mengapa Perempuan Perlukan Cuti Bersalin Setahun. Yang Paling Menakutkan No.4 "

Camni la,kalau nak cuti bersalin sampai setahun,berhenti teruslah,duk bela anak di rumah ja... Senang cerita,x menyusahkan majikan. He3!

 
Copyright © 2014 ISU sEMASA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info