Kenapa Mata kita asyik Terkedip-kedip dan Cara Mengubatinya !!

loading...
Assalamualaikum


Mata saya ni asyiklah nak berkedip-kedip.. Selalu gak jadi. Dan banyak jugak dengar sebab mata kita ni berkedip-kedip. 



Sumber : GOOGLE

Kata orang-orang tua, :

“kalau yang bergerak tu kelopak mata kanan, ada saudara sebelah ayah yang meninggal , kalau sebelah kiri , ada saudara sebelah mak pula yang meninggal” dan “kalau mata kanan yang bergerak, nak tengok orang atau nak jumpa orang jauh”. Ada juga yang kata “nak dapat berita baik”. Kalau kelopak mata kiri yang bergerak, katanya “ada berita kurang baik yang akan didengar dan akan menangis”.

Terpulanglah sama ada nak percaya atau tak. Tapi, sebenarnya mata berkedip ni pun sejenis penyakit. Cuma tak lah merbahaya sangat. Saya pernah hadiri satu kursus tahun lepas. Penceramah tu kata, kalau mata kita ni selalu berkedip, maknanya mata kita ni letih.. dan cuba lah pejam seketika dan buka semula. Ulang beberapa kali.. Untuk merehatkan mata la.. Kadang-kadang kita ni asyik mengadap komputer kan.. 

Ini hasil yang saya temui bila tanya Mak Cik Google :

"Nama saintifik untuk penyakit mata bergerak ini ialah "myokymia". Berdasarkan kata-kata pakar masalah ini adalah akibat pergerakan otot di bahagian kelopak mata atas dan kadang-kadang di bahagian kelopak mata bawah bawah . Mata bergerak-gerak ini berkait rapat dengan stress, fatigue, kurang tidur dan overdose minum kopi. Anxiety/depression juga boleh mengakibatkan kepada masalah mata bergerak-gerak ini. Kerisauan yang terlalu tinggi dalam diri kita juga turut menyumbang kepada masalah ini. Faktor personaliti juga turut menyumbang kepada masalah ini"

p/s : Pernah tak jadi macam ni?.. Dan ada kena mengena tak dengan apa yang orang-orang tua cakap?. Cuba share sikit :)
loading...
0 Komentar untuk "Kenapa Mata kita asyik Terkedip-kedip dan Cara Mengubatinya !!"

 
Copyright © 2014 ISU sEMASA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info