loading...
Rezeki merupakan satu di antara sekian banyak misteri kehidupan. Namun, Allah Ta’ala Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang membuat aturan yang sangat manusiawi tentang konsep rezeki bagi seluruh hamba-hamba-Nya.
Allah Ta’ala melalui Al-Qur’an Al-Karim, Hadis Qudsi, atau sabda Nabi-Nya yang mulia telah memberikan berbagai kaedah pasti tentang sebab-sebab tercurahnya rezeki bagi seorang hamba.
Selain memberitahukan sebab-sebab tercurahnya rezeki, Allah Ta’ala juga memberitahukan hal-hal yang menjadi penghalang tersampainya rezeki bagi seorang hamba. Di antara penghalang-penghalang rezeki tersebut, ada dua penghalang utama rezeki yang amat banyak diabaikan.
Tidur di Pagi Hari
Banyak kaum Muslimin yang masih menyukai tidur di pagi hari. Sebahagian di antara mereka sengaja tidur setelah solat Subuh, sebahagian lainnya bersikap acuh, tidak solat Subuh dan tidak bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri.
Padahal, Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal, “Tidur di pagi hari menghalangi datangnya rezeki.”
Hadis ini dikutip oleh Imam Ibnul Jauzi dalam kitab Shaidul Khatir.Jika masih tidur pagi dan berharap rezeki mengalir, ia tak ubahnya punguk yang merindukan rembulan.
Dosa
Salah satu ketentuan Allah Ta’ala yang diberikan kepada orang-orang beriman ialah terhalangnya rezeki kerana seorang hamba melakukan dosa. Dosa menghalangi seorang hamba dari berbagai jenis rezeki, bukan hanya rezeki dalam bentuk material berupa uwang, benda, dan lain sebagainya.
Dosa juga boleh menghalangi seorang hamba dari mendapatkan rezeki ketaatan. Dan ketaatan inilah sebaik-baiknya rezeki yang banyak diabaikan oleh sebahagian kaum Muslimin.
“Seorang hamba tidak boleh memperoleh rezeki kerana dosa yang dikerjakannya,”
Hadis yang dikutip oleh Imam Ibnul Jauzi dalam kitab Shaidul Khatir ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Ibnu Majah, Imam Ibnu Hibban, Imam Al-Hakim, dan Imam Al-Baghawi Radhiyallahu ‘anhum ‘ajma’in.
Alangkah bahagianya menjadi seorang Muslim dan Mukmin. Hidup sudah diatur dengan sangat baik oleh Allah Ta’ala. Dia sudah memberikan berbagai macam kaedah dan aturan yang jika dituruti hanya akan menghasilkan kebaikan.
Sebaliknya, semua jenis ketidaktaatan atau pembangkangan hanya akan menimbulkan keburukan, baik di dunia maupun akhirat. [Pirman/Kisahikmah]
Antara lain sebab mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK :
1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2. Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini.
3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik
5. Riak bila bersedekah
6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
7. Tidak/kurang beristighfar
8. Tidak bersyukur/banyak mengeluh
Nota: Rezeki bkn sahaja dalam bentuk wang, tp kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain.
Ada juga yg berbuat kemungkaran tetapi tetap memperoleh rezeki yg melimpah ruah. Tp ketahuilah itu nikmat yg plg azab di kemudian hari dan ia dipanggil 'istidraj'. {Istighfar}
loading...
0 Komentar untuk "Inilah 10 Penghalang Utama Rezeki Susah Nak Masuk Yang Mungkin Kita Abaikan Selama Ini. Mohon Kongsikan Moga Membantu Menambah Rezeki Kita & Kawan-Kawan"