Bapa Bunuh Anak 11 Bulan Di 'Facebook Live' Sebelum Gantung Diri Sampai Mati

loading...
Seorang bapa berusia 21 tahun tergamak membunuh bayi perempuannya yang baru saja berusia 11 bulan, kemudian menggantung dirinya sendiri sampai mati



Kejadian berlaku pada Isnin, 24 April 2017 di sebuah hotel terpencil di daerah Phuket, Thailand di mana Wuttisan Wongtalay telah menyiarkan pembunuhan bayi perempuannya di 'Facebook Live'.

Video tersebut menunjukkan si bapa mengikat tali gantung di leher bayi perempuannya itu dan melepaskannya dari atas bumbung.

Jelas kedengaran kanak-kanak itu menangis sebelum berhenti dan dia kemudian menariknya kembali dan membuang ikatan di leher kanak-kanak itu.

Menurut pegawai polis Thai Jullaus Suvannin, Wuttisan bertindak sedemikian kerana ditinggalkan isterinya

Isteri Wuttisan, Jiranuch Trirat, 21, berkata mereka telah berkahwin selama lebih setahun, tetapi suaminya menjadi semakin ganas sejak kebelakangan ini.

Tambahnya lagi, Wuttisan kadang-kadang turut memukul anak tiri lelakinya yang berusia 5 tahun.

says.com

Facebook memadam video tersebut selepas disiarkan selama kira-kira 24 jam setelah mendapat laporan dari Kementerian Ekonomi Digital Thailand

Image via Daily Express


Dalam satu kenyataan, seorang jurucakap Facebook berkata: "Ini adalah satu kejadian mengerikan dan kami simpati kepada keluarga mangsa. Kandungan seperti ini sama sekali tidak ada tempat untuk disiarkan di Facebook dan ia telah dipadam."

Sebaliknya, jurucakap Kementerian Thailand, Somsak Khaosuwan memberitahu Reuters: "Kami tidak boleh mendakwa Facebook, kerana mereka telah bertindak mengikut protokol apabila kita menghantar laporan terbabit. Mereka kendalikannya dengan baik sekali."
loading...

Related Post

0 Komentar untuk "Bapa Bunuh Anak 11 Bulan Di 'Facebook Live' Sebelum Gantung Diri Sampai Mati"

 
Copyright © 2014 ISU sEMASA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info