AWAS!! Jangan Sesekali Menyakiti, Menzalimi, dan Menganiayai Orang Lain. Kerana Tidak Ada Penghalang Antara Doa Mereka dan Allah

loading...

Surat al Nisa ayat 148 yang berbunyi:

لا یحب الله الجهر باالسوء من القول الا من ظلم وکان الله سمیعا علیما

Ertinya: Allah tidak menyukai perbuatan buruk yang diucapkan secara terus terang, kecuali oleh orang yang dizalimi. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha mengetahui.

Ayat ini “membenarkan” perkataan buruk atau sumpah serapah yang dilakukan oleh orang orang yang teraniaya atau terzalimi, dan itu semua dikategorikan kedalam “doa”. Doa orang orang yang terzalimi adalah mujarab dan langsung didengar dan dikabulkan olehNya, sebagaimana termaktub dalam sebuah hadis, yang berbunyi:

Hati-hatilah terhadap doa orang yang terzalimi, kerana tidak ada suatu penghalang pun antara doa tersebut dan Allah.” (HR Bukhari).

Di tangan mereka, doa lebih tajam dari pedang dan lebih hebat dari pasukan bersenjata. Maka, hati-hatilah terhadap doa orang terzalimi! Kerana jika sudah keluar dari mulut, ia akan berjalan menuju langit. Segera melampaui cakrawala, menembus angkasa, dan sampai ke Maha Kuasa.

Tetapi dalam kelanjutan ayat tersebut diatas, selanjutnya Allah menjelaskan:

ان تبدو خیرا او تخفوه او تعفو عن سوء فان الله عفو قدیرا.

Ertinya: Jika kamu menyatakan sesuatu kebajikan, menyembunyikannya dan memaafkan sesuatu kesalahan orang lain, Maka sungguh Allah Maha Pemaaf, Maha Kuasa.

Sungguh Indah Ajaran Mu ya Rabb….

Siapa pun di dunia ini pasti pernah mengalami sakitnya hati, kerana disakiti, dihina, dizalimi, atau dikhianati, sikap kita menentukan nasib kita selanjutnya, masa depan kita tergantung kepada apa yang kita lakukan sekarang, dan ingat Allah selalu ada untuk kita, memperhatikan dan membantu kita.. Jangan bersedih hati, pertolongan Allah akan segera datang dan diperlihatkan sebelum kita meninggalkan dunia ini..
loading...
0 Komentar untuk "AWAS!! Jangan Sesekali Menyakiti, Menzalimi, dan Menganiayai Orang Lain. Kerana Tidak Ada Penghalang Antara Doa Mereka dan Allah"

 
Copyright © 2014 ISU sEMASA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info