3 Jenis Darah Ini Perlu Diketahui Wanita..kongsikan bersama-sama

loading...


Dalam pelbagai ciptaan Allah ke atas seorang wanita, beberapa jenis darah yang keluar dari faraj wanita adalah salah satu daripadanya. Berikut adalah 3 jenis darah yang perlu diketahui oleh seorang wanita.

#1 – Haid

Haid ialah darah yang dikeluarkan oleh rahim yang sihat dan bebas daripada penyakit. Ia adalah satu fitrah bagi seorang wanita yang berlaku seawal usia 9 tahun. Ia boleh berlaku selama 10 atau 15 hari atau kurang pada setiap bulan. Kebanyakan wanita hamil tidak mengalami haid. Ada beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan semasa haid iaitu:

1. Tidak boleh menunaikan solat. Walaupun begitu, anda tidak perlu mengqada’nya.

2. Tidak boleh melakukan tawaf.

3. Tidak boleh berpuasa dan wajib mengqada’ puasa.

4. Diharamkan masuk masjid walaupun melinatas bagi mazhab Hanafi dan Maliki.
Manakala, dibolehkan lalu dan melintas dalam masjid tanpa sebarang darurat bagi mazhab Syafie, Hambali dan Zahiriyah.

5. Haram membaca Al-Quran bagi mazhab Hanafi, Syafie dan Hambali.
Menurut mazhab Maliki dan Zahiriyah pula dibolehkan membaca al-Quran kepada wanita haid secara mutlak.

6. Harus memegang dan membawa mushaf oleh wanita yang haid.


7. Talak tidak jatuh jika wanita yang disetubuhi itu sedang haid semasa ditalak.

8. Haram menyetubuhi isteri pada waktu haid.

9. Tidak digalakkan wanita haid atau orang berjunub mendekati orang sakit di waktu nazak.
#2 – Nifas

Mengikut mazhab Hanafi, Syafie dan Zahiri, nifas bererti darah yang keluar selepas bersalin atas dasar kesihatan dan adat. Manakala mazhab Maliki dan Hambali, nifas adalah darah yang keluar disebabkan bersalin atas dasar kesihatan dan adat.

Apabila bersalin, walaupun tidak keluar darah, hendaklah mandi wajib. Tempoh paling lama untuk nifas adalah 60 hari. Larangan bagi mereka yang nifas adalah sama dengan larangan bagi mereka yang sedang dalam nifas.
#3 – Istihadah

Istihadah ialah darah yang mengalir keluar daripada faraj wanita. Ia bukan darah haid atau nifas. Ia dinamakan darah penyakit atau darah kotor. Darah istihadah berlaku disebabkan oleh sakit atau kecelaruan pada alat dalaman wanita. Warnanya merah, nipis bukan melekit dan tiada bau pada kebiasaannya.

Mereka yang mengalaminya masih boleh melakukan perkara-perkara yang diharamkan semasa haid seperi bersolat, berpuasa, membaca al-Quran melainkan bersetubuh. Cuma, kapas atau kain perlu diletakkan pada kemaluan untuk menghalang darah yang keluar agar tidak mengenai pakaian. Selain itu, setiap kali hendak bersolat, hendaklah berwuduk.

Sekiranya timbul kekeliruan mengenai darah, hendaklah mendapatkan nasihat dari pakar perubatan berhampiran anda. Ini dapat menjaga ibadah sekaligus memastikan diri sentiasa berada dalam keadaan sihat.
loading...
0 Komentar untuk "3 Jenis Darah Ini Perlu Diketahui Wanita..kongsikan bersama-sama"

 
Copyright © 2014 ISU sEMASA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info