loading...
1. Bulu Kening
Menurut Bukhari, Rasullulah SAW melaknat perempuan yang mencukur atau menipi skan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)
Status hadith: Sahih
2. Memakai Gelang Kaki Berloceng
"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan ." (Surah An-Nur Ayat 31.)
Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.
Status: Seperti dinyatakan di dalam al-Qur’an (Surah an-Nur ayat 31)
3. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Surah An-Nur Ayat 31)
Status: Seperti dinyatakan di dalam al-Qur’an (Surah an-Nur ayat 31)
4. Gigi
"Rasullulah SAW melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya " (Hadis Riwayat At-Thabrani)
Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.;(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
Status hadith: Sahih
5. Pakaian Yang Nipis (jarang)
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis.
Sabda Rasullulah SAW maksudnya, "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari)
Status hadith : Bukan riwayat Bukhari Muslim, bahkan ianya hadith ma'lul (cacat) riwayat Abu Daud.
6. Tangan
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." (Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)
Status hadith : Hadith ini ma'lul (punyai kecacatan)
7. Mata
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Surah An Nur Ayat 31)
Sabda Nabi Muhamad SAW maksudnya, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)
Status: Seperti dinyatakan di dalam al-Qur’an (Surah an-Nur ayat 31).
Hadis di bawahnya pula dinilai sahih oleh Syeikh al-Albani
8. Mulut (suara)
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Surah Al Ahzab Ayat 32.)
Sabda Nabi SAW bersabda maksudnya, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Hadis Riwayat Ibn Majah.)
Status: Seperti dinyatakan di dalam al-Qur’an (Surah al-Ahzab ayat 32)
Hadis di bawahnya pula setakat saya jumpa dalam Ibn Majjah, lafaz sampai "mereka namakan dengan yang lain". Sanadnya dhaif.
9. Kemaluan
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Surah An Nur Ayat 31.)
"Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)
"Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah". (Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)
Status: Seperti dinyatakan di dalam al-Qur’an (rujuk surah an-Nur ayat 31), Hadis di bawahnya pula dinilai shahih oleh Syeikh al-Albani.
10. Pakaian
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti. (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud )
Status hadith: Diriwayatkan oleh Ibn Umar daripada Nabi shallallahu'alaihiwasallam. Lebih tepatnya ianya mauquf sebagaimana disebutkan oleh Abu Hatim. Turut diriwayatkan oleh Abi Zar daripada Nabi shallallahu'alaihiwasallam. Al-'Uqaili berkata ketika mengeluarkan hadith tersebut: "Semua riwayat dalam bab ini terdapat kelemahan".
11. Rambut
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
Status hadith: Tidak shahih (ini bukan hadis riwayat Bukhari dan Muslim tetapi hadis ini terdapat di dalam kitab Syiah)
Hadis Riwayat Imran bin Hushain ra.: Bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Hadis Shahih Riwayat Muslim No.4921)
Status hadith: Sahih
Wallahua'lam
loading...
0 Komentar untuk "11 PERKARA YANG PERLU DIJAGA OLEH WANITA MUSLIM"