Punca Hati Yang Jijik Dan Kotor. Nauzubillah

loading...



Hati kita umpama orang tengah yang akan terus memberitahu otak jika ada sesuatu yang tidak kena. Jika kita rasa tidak tenang, pasti hati yang akan merasainya dulu. Memang ada kalanya kita berdepan situasi di mana segala yang dibuat serba tidak kena. Waktu itu anda bagai orang gila ke sana ke mari tanpa haluan sebenar.

Apa agaknya yang membuatkan hati yang yang patut suci dan bersih ini jadi tidak tenang. Ini antara 6 penyebab hati anda tidak berasa tenang walaupun wajah tidak menggambarkan dalam kesulitan.

1. Berdendam dengan seseorang dan sukar  memaafkan.

Anda mungkin ada pernah berdendam dengan seseorang yang sudah lama tidak ketemu. Justeru kita sukar nak memaafkan hingga timbul rasa benci dan kemudian jadi dendam. Maka hati kita pun kotor, sebab kita tak dapat lihat hikmah dan kebaikan dalam memaafkan.

2. Melakukan suatu yang haram.

Melakukan perbuatan yang hukumnya haram. Anda melakukan tanpa tahu musibahnya. Kadangkala kita terlepas pandang tentang perkara-perkara yang sebenarnya boleh menjadi haram dalam kehidupan seharian kita.

3. Sering melewatkan solat.

Solat itu tiang agama. Jadi jangan sesekali terlupa atau lewat melakukannya. Jika kita amalkan solat lima waktu ini, jiwa sentiasa tenang walaupun hidup secara sederhana.

4. Alpa untu membaca kitab suci Al-Quran.

Bacalah ia walau sepotong ayat. Banyak manfaatnya, bukan sahaja untuk menenangkan hati, ia akan menjadi penawar untuk mengubati.

5. Jangan terlalu berkira.

Rajin-rajinlah untuk menjadi orang yang ringan tulang. Selain rajin membantu orang amalan sedekah itu juga jangan dilupa. Orang yang suka bersedekah, rezekinya murah berbanding mereka yang kedekut. Rezekinya sempit dan hatinya selalu tidak tenang..

6. Penuh sifat dengki.

Elakkan sikap hasad dengki pada orang lain. Mereka yang ada sifat begini jenis yang tidak boleh tengok orang lain lebih dari dirinya. Dia saja yang lebih hebat dan berkelayakan. Orang yang ada sifat begini memang tidak tenang hatinya sebab hatinya sudah kotor dan jadi hitam.

Sumber : Hijabista
loading...
0 Komentar untuk "Punca Hati Yang Jijik Dan Kotor. Nauzubillah"

 
Copyright © 2014 ISU sEMASA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info