loading...
Kelebihan Puasa Sunat Isnin Dan Khamis Assalamua'laikum, berjumpa lagi kita. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Seperti yang yang diperkatakan puasa bukan sekadar pada bulan Ramadhan sahaja, puasa ada yang wajib dan ada yang sunat. Puasa adalah amalan yang penting dan sangat diutamakan. Puasa hari isnin dan khamis adalah amalan sunat yang dilakukan Rasullah s.a.w sendiri serta mempunyai banyak kelebihan dan manfaat.Dengan berpuasa kita akan terlepas dari pelbagai godaan syahwat di dunia dan terlepas dari seksa neraka di akhirat kelak. Insyaallah. Terdapat beberapa perkara penting berpuasa pada hari isnin dan khamis, iaitu hari tersebut adalah hari di mana amalan seorang hamba di angkat.
Sesiapa yang berpuasa pada hari isnin dan khamis akan mendapat pahala, tetapi kita tidak akan mendapat dosa jika tidak melakukannya. Kebaikan berpuasa pada hari tersebut sangat banyak seperti mendapat pahala, menyihatkan tubuh badan dan memberi kekuatan mental.
Antara kelebihan puasa sunat Isnin dan Khamis ialah :
- Memberi ketenangan - sesiapa yang mengamalkannya akan dapat mengawal perasaan, menjadi lebih penyabar dan juga berfikiran positif.
- Mengawal hawa nafsu - pengamalnya akan dapat mengawal hawa dengan lebih baik dan tidak mudah terjerumus pada perkar-perkara negatif.
- Dapat membuang lemak - berpuasa isnin dan khamis sangat bagus bagi menyingkirkan lemak dalam badan, bagi yang hendak diet bolehlah mengamalkannya.
- Dapat membuang toksin - selain bersenam, berpuasa juga membantu membuang toksin secara semulajadi melalui peluh, pembuangan air kecil dan air besar.
- Merawat kulit - berpuasa juga dapat merawat kulit supaya lebih sihat disebabkan sel-sel tubuh yang bekerja secara maksimum.
- Lebih banyak beramal - apabila berpuasa badan akan jadi lebih segar, sihat dan bertenaga. Ia membuatkan kita lebih peka dan tekun untuk beribadah.
Bagi sesiapa yang tidak tenang, ingin menurunkan berat badan dan menambah pahala serta mendapat ganjaran dari Allah s.w.t marilah kita mengamalkan puasa pada hari isnin dan khamis. Semoga kita sama-sama mendapat hikmah daripada apa yang diamalkan.
Semoga bermanfaat.
loading...
0 Komentar untuk "Kelebihan Puasa Sunat Isnin Dan Khamis..kongsikan bersama-sama"