10 Pra Syarat Doa Dimakbulkan

loading...


Doa adalah senjata kepada umat Islam.
Tapi jika kita gagal memenuhi beberapa perkara penting dalam berdoa, senjata yang dimiliki umpama senjata yang tumpul. Untuk memastikan doa menjadi senjata yang baik, 10 syarat ini perlu dilakukan ;

#1 – Menyedari Hanya Allah Yang Menjawab Doa

Percaya hanya Allah yang akan menjawab doa kita amat berkait rapat dengan iman dan tauhid. Keyakinan diletakkan kepada Allah, Dia satu-satunya yang mendengar dan memakbulkan doa hambaNya.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Bukankah Dia (Allah) yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepadaNya, dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah (pemimpin) di bumi? Apakah di samping Allah ada Tuhan (yang lain)? Sedikit sekali (nikmat Allah) yang kamu buat.”
(An-Naml: 62)

#2 – Doa Dengan Ikhlas Kerana Allah

Ikhlas dalam berdoa juga amat berkait rapat dengan tauhid. Doa mesti dilakukan dengan penuh ikhlas kepada Allah tanpa mencampur-adukkan ia dengan perkara-perkara khurafat atau yang boleh membawa kepada syirik.

#3 – Melakukan Tawassul Dengan Betul

Tawassul adalah meminta Allah memakbulkan doa kita dengan menyebut nama-nama Allah atau menyebut amalan baik yang pernah dilakukan.

#4 – Jangan Tergesa-gesa

Firman Allah SWT:
“Dan manusia (seringkali) berdoa untuk kejahatan sebagaimana (biasanya) dia berdoa untuk kebaikan. Dan memang manusia bersifat tergesa-gesa.”
(Al-Isra’: 11)
Teruskan berdoa walaupun doa yang dibuat berulang-kali seolah-olah tidak dimakbulkan Allah. Doa mesti dilakukan tanpa henti dan berputus asa. Usah terburu-buru dengan jawapan dari Allah. Bersabar dan yakinlah kerana Allah lebih mengetahui masa yang terbaik dan bagaimana doa kita perlu dijawab.

#5 – Berdoa Untuk Kebaikan

Setiap doa pasti akan dimakbulkan Allah selagi ia tidak membawa kepada dosa atau memutuskan silaturrahim.

#6 – Berdoa Dengan Niat Yang Baik

Jika kita meminta kekayaan, berniatlah untuk membantu mereka yang miskin dan memerlukan dengan kekayaan itu. Jika mahu pasangan beriman, berniatlah agar diri kita terhalang daripada perbuatan yang dilarang Allah. Apa jua yang diminta, pastikan ia tidak dicemari dengan niat jahat.

#7 – Berdoa dengan sepenuh hati

Doa mestilah dengan kesedaran apa yang diminta dan kepada siapa. Doa tidak dikira sepenuh hati jika kita yang berdoa ini tidak memahami apa yang kita mintakan.
Dari Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda;
“Berdoalah kepada Allah dalam keadaan yakin doamu akan dijawab, dan ketahuilah bahawa Allah tidak akan menjawab doa dari hati yang lalai”
(HR Al-Tirmidhi)

#8 – Berdoa Dengan Rezeki Yang Bersih

Orang yang bertaqwa haruslah memastikan punca rezekinya adalah dari jalan yang halal. Ini meninggikan peluang doanya untuk dimakbulkan Allah.
Pastikan apa yang dimiliki oleh kita seperti makanan, pakaian, dan sebagainya datang dari sumber yang halal.

#9 – Mendoakan Rasulullah

Mendoakan nabi bukanlah perkara yang wajib namun kita digalakkan untuk menyebutnya semasa berdoa kepada Allah.

# – Pastikan Doa Tidak Menganggu Hal Yang Lebih Penting

Doa boleh dilakukan pada bila-bila masa. Namun , ia tidak boleh mengganggu ibadah yang mempunyai masa tertentu atau lebih penting. Contohnya, apabila telah masuk waktu solat fardhu, maka hendaklah kita menunaikan solat terlebih dahulu. Kita tidak boleh melewatkan solat dengan alasan kita sedang berdoa.
Berdoalah dengan rasa rendah diri.
Mintalah kepada Allah seperti seorang fakir menadah tangan mengharap dirinya mendapat belas ihsan daripada insan lain yang berkemampuan
Semoga doa kita dimakbulkan Allah dan menjadikan kita hamba Dia yang bertakwa.
Sumber : tazkirah.net
loading...
0 Komentar untuk "10 Pra Syarat Doa Dimakbulkan"

 
Copyright © 2014 ISU sEMASA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info