"Terkenang Wajah Ibu" : Penyamun Sempat Tunjuk Simpati, Sempat Urut Warga Emas Sebelum Samun

loading...
Bilik mangsa
Segamat: Seorang penyamun sempat menunjukkan simpati terhadap seorang mangsanya - yang juga warga emas - dengan mengurut paha wanita terbabit yang mengalmi gangguan saraf sejurus dirompak di sebuah taman perumahan di Jalan Pekan Air Panas, Labis di sini.

Mangsa, Wong Lee Chi yang berusia 76 tahun berkata, dalam kejadian yang berlaku pada jam 8.30 malam kelmarin itu, dia yang tinggal bersendirian didatangi oleh dua lelaki tidak dikenali yang menceroboh masuk ruang tamu kediamannya.

Sebaik memasuki rumah, dua penjenayah itu mendapati saya duduk di kerusi sambil menonton televisyen.

Saya sempat memberitahu tidak dapat berjalan secara normal berikutan kedua-dua kaki dan tangan mengalami gangguan saraf akibat penyakit Parkinson,” katanya.

Setelah itu, kedua-dua penyamun itu berbincang selama lima minit sama ada mahu meneruskan hajat mereka atau pulang dengan tangan kosong.

Katanya, penjenayah kemudian sepakat meneruskan niat mereka dengan alasan datang tanpa membawa senjata.

Kedua-dua lelaki itu mengusung saya bersama kerusi diduduki ke dapur sementara seorang lagi yang berbadan sasa memecahkan mangga pintu jeriji bilik tidur.

Mereka menggeledah bilik tidur suami saya yang turut dihuni tiga cucu,” katanya.

Menurutnya lagi, salah seorang dari lelaki tersebut meminta nombor telefon bimbit melik suaminya yang ketika itu sedang keluar membawa cucu ke bandar untuk membeli barang.

Katanya, seorang lagi penjenayah menutup mulutnya menggunakan tapak tangan menyebabkan dia sesak nafas dan kebas kaki.

Bagaimanapun penjenayah terbabit jatuh simpati sebelum mengurut bahagian paha kanan saya selama beberapa minit sambil wajahnya kelihatan sayu.

Dia mendakwa tidak sanggup melihat wajah saya kerana terkenangkan raut wajah ibunya,” katanya yang juga menambah lelaki itu turut meminta maaf dan mendakwa terpaksa merompak kerana mempunyai hutang keliling pinggang.

Menurutnya, kedua-dua lelaki itu melarikan diri 20 minit kemudian.

Suami dan cucu yang pulang ke rumah tidak lama kemudian membuat laporan polis selepas mendapati duit ang pau dan pelbagai barangan berharga dicuri termasuk telefon bimbit dan tiga utas jam tangan berjenama bernilai RM5,000 dilarikan penjenayah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superitendan Raub Selamat berkata pihaknya kini giat memburu kedua-dua suspek itu.

Katanya, orang ramai diminta menghubungi talian Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat 07-9324222 atau nombor 07-9251222 Balai Polis Labis untuk menyalurkan maklumat.

Sumber: Harian Metro
loading...
0 Komentar untuk ""Terkenang Wajah Ibu" : Penyamun Sempat Tunjuk Simpati, Sempat Urut Warga Emas Sebelum Samun"

 
Copyright © 2014 ISU sEMASA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info