Rumahtangga yang dibina selama berbelas tahun kini rebah kerana Ummi & Abah

loading...


Assalammualaikum. Aku menulis hanya sekadar luahan perasaan yang tak larat nak ditanggung lagi. Maaf andai panjang berjela. Rumahtangga yang dibina selama berbelas tahun kini rebah kerana kesilapan orang lain dan aku menjadi mangsa keadaan.

Dipendekkan cerita, ummi dan abah ku suka tinggal dengan kami. Selesa katanya, sedangkan rumah kami teramatlah kecil. Flat murah, bilik ada 1 sahaja dan itulah bilik kelamin kami dan bilik anak-anak kami yang berusia 10 dan 2 tahun. Ruang tamu pula kecil dan dapurnya amat sempit.

Pada mulanya suami beri keizinan untuk ummi dan abah datang ke rumah pada bila-bila masa. Tetapi mereka mengambil kesempatan, terutamanya ummi. Dia langsung tak nak balik ke rumahnya dengan pelbagai alasan yang aku sendiri maklum. Ummi terus bermastautin di rumah kami. 

Minggu silih berganti dengan bulan, tahun dan akhirnya kami pula yang seperti menumpang di rumah orang. Kami tak boleh buat apa-apa, langsung tiada privacy untuk kami sebagai suami isteri. Bilik kami digunakan sesuka hati, katil kelamin kami ummi dan abah guna dan dihenyak oleh anak-anak saudara yang dibawa ummi, bil elektrik naik melampau kerana kipas, lampu dan penghawa dingin dibuka 24 jam. 

Berkali-kali aku tegur dengan baik tetapi tetap juga berulang. Beberapa kali juga aku minta dengan cara baik agar ummi dan abah pulang ke rumah mereka sendiri dan memberi ruang kepada keluarga kami. Tetapi hanya sekejap sahaja dan tidak lama selepas itu mereka kembali lagi gara-gara ummi yang nak duduk di rumah kami. 

Akhirnya suami yang sudah bertahun memendam rasa tak dapat nak berlakon lagi, lalu mula mencari keseronokan di luar. Dia skandal dengan rakan sepejabat, si anak dara tua. Bersayang bercinta bagai sehingga menyebabkan dia jarang pulang awal ke rumah dan tidak lagi WhatsApp atau call mahupun membalas mesej aku. Bila aku hack WhatsApp dia, Allahu kecewanya. 

Aku minta kepastian darinya. Perbincangan pertama, suami meluahkan sedikit sahaja apa yang dipendamnya. Katanya perbualan dalam WhatsApp itu hanya lakonan sahaja di mana dia menyuruh perempuan itu berlakon kononnya mereka bercinta agar dapat menarik perhatian aku. Malah dia turut bangkitkan isu ummi dan abah serta dia juga tidak tahu sejauh mana lagi rumah tangga kami ini. Allah. 

Saya sudah jelaskan yang saya sudah meminta ummi dan abah pulang tetapi mereka tetap kembali ke rumah ini. Salah aku ke?

Untuk menyelamatkan rumah tangga kami, kali ini aku terpaksa berkeras meminta ummi dan  abah keluar dari rumah kami. Allah, betapa peritnya aku rasa. Allah saja yang tahu bagaimana menangisnya hati ini walaupun aku tahu aku di pihak yang benar. Ummi terasa hati sangat-sangat pada suami aku dan mula marah-marah pada aku. Stress!

Malam itu, aku hack lagi WhatsApp suami. Konon berlakon tetapi makin rancak dia berdondang sayang dengan anak dara tua itu. Berdating, siap ajak duduk di riba. Anak dara tua itu bukan main gatal lagi. Katanya dia akan melayan suami aku selepas mereka berkahwin kelak. Sekarang cuma boleh ringan-ringan saja dulu. Perwatakkan anak dara tua itu konon alim bertutup litup tetapi gatal dengan suami orang. Siap tak nak melepaskan pelukan, nak sentiasa kiss. 

Suami pula memuji dia cantik, gebu dan comel bagai. Yelah, anak dara tua belum kahwin, belum beranak. Kita ini dah dua orang manusia keluar dari rahimkita. Belas tahun suami pakai kita, jaga macam mana pun tetap sikit sebanyak ada buruknya, kan?

Sekali lagi kami berbincang buat kali kedua dan kali ini suami luahkan segalanya dan tetap tiada satu pun kesalahan aku. Katanya aku sempurna, jaga dia dan anak-anak dengan baik dan banyak membantunya, menyokongnya. Cuma satu saja yang kurang iaitu aku gagal menjaga privacy dia. Tetapi tetap bukan salah aku kerana itu salah ummi dan abah aku. Tetapi kenapa aku yang dihukum?

Suami tiada jawapan untuk itu. Aku dah jelaskan yang aku sudah 'menghalau' ummi dan abah dan mereka tidak akan datang ke rumah ini lagi. Aku lakukan apa sahaja untuk selamatkan rumah tangga kami.

Setelah berbincang hampir dua jam, suami akhirnya meminta tempoh untuk bertenang dan berfikir.

"Bagi saya masa untuk berfikir. Saya sayangkan awak tetapi saya kecewa dan serabut. Kalau kita berpisah, andai jodoh masih ada kita pasti akan bersama semula. Saya minta awak bersabar. Bagi saya masa," katanya. 

Runtuh jantung saya mendengarnya. 
loading...
0 Komentar untuk "Rumahtangga yang dibina selama berbelas tahun kini rebah kerana Ummi & Abah"

 
Copyright © 2014 ISU sEMASA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info