Rumah Busuk, Berlendir & Bil Tertunggak! – Sedar Penyewa Lari Lepas Pemilik Rumah Buat ‘Kunjungan Mengejut’

loading...
Sebagai seorang penyewa, seseorang hendaklah amanah dan jujur dalam menjaga setiap inci rumah yang didiami. Jika ada sebarang masalah hendaklah berunding dan berbincang, bukannya mengambil jalan mudah dengan ‘lari’ dan meninggalkan rumah dengan keadaan yang sangat teruk.

Seperti yang berlaku kepada wanita ini, rumahnya ditinggalkan dalam keadaan yang sangat busuk beserta sampah sarap malah peralatan rumah juga dirosakkan!


Bau busuk, lantai berlendir & ada ulat sampah


Kredit foto: Sinar Harian

Seorang pekerja swasta yang hanya mahu dikenali sebagai Fatin menyewakan rumahnya di Taman Mantau Indah, Seremban kepada seorang ibu tunggal sejak enam bulan yang lalu. Namun, penyewa lari dan meninggalkan rumah dalam keadaan tidak terurus dan kotor.

Lebih menyakitkan hati apabila penyewa itu bukan saja merosakkan kediamannya tetapi turut membiarkan bil air dan elektrik tertunggak mencecah RM500 sebelum menghilangkan diri. Perbuatan penyewa terbabit disedarinya pada cuti Tahun Baharu Cina lalu selepas membuat kunjungan mengejut ke rumahnya.


“Dari luar rumah sudah berbau busuk dan nampak hurungan lalat di merata-rata. Bila saya masuk, saya hanya mampu mengucap panjang, tengok keadaan rumah yang lantainya berlendir dan terdapat ulat sampah.

“Saya dapat masuk ke dalam rumah itu pun kerana ada penyewa lain di situ yang menyewa bilik dengan wanita berkenaan. Tak tahulah macam mana dia boleh duduk dalam keadaan begitu,”
Tunggakan bil sebanyak RM500

Beberapa peralatan rumah seperti pintu, kepala paip dan singki juga rosak seolah-olah seperti disengajakan. Fatin cuba menghubungi penyewa berkenaan namun panggilannya tidak berjawab.


“Rumah itu pada awalnya saya mahu sewakan RM450 tapi wanita itu hubungi saya dan berharap sangat dapat sewa di situ. Tapi minta saya kurangkan kepada RM400 kerana dia ibu tunggal dan menyara seorang anak lelaki berusia lima tahun.

“Saya simpati dengan keadaannya dan bersetuju kurangkan kadar sewa dengan syarat dia menjaga rumah dengan baik seperti mana saya berikan kepada dia. Patutlah selama ini dia selalu mengelak dan memberi pelbagai alasan setiap kali dia meminta duit sewa,”

“Apa yang berlaku memberi pengajaran kepada saya supaya selepas ini lebih berhati-hati mencari penyewa, walaupun dua penyewa sebelum ini tidak bermasalah.

“Sebelum ini saya baca laporan akhbar mengenai penyewa begini, tapi sekarang saya pula jadi mangsa” .

Fatin terpaksa menanggung kos membaik pulih segala kerosakan rumah sewanya dianggarkan lebih RM1,000 serta menjelaskan segala tunggakan bil sebanyak RM500 serta menanggung kerugian sewa tertunggak.

sumber : Sinar Harian
loading...
0 Komentar untuk "Rumah Busuk, Berlendir & Bil Tertunggak! – Sedar Penyewa Lari Lepas Pemilik Rumah Buat ‘Kunjungan Mengejut’"

 
Copyright © 2014 ISU sEMASA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info