Cedera Selepas Kereta Penyek Separuh Dilanggar Lori

loading...

SEREMBAN 12 Feb. - Seorang lelaki dan wanita cedera selepas terbabit dalam satu kemalangan membabitkan sebuah lori dan kereta yang dipandu mereka di Kilometer 270 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara dekat sini pagi semalam.

Menurut Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Harzizi Hashim, pemandu dan kelindan lori terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dalam kejadian pada pukul 8 pagi itu, bahagian belakang kereta Perodua Myvi terbabit remuk teruk akibat dilanggar lori berkenaan.

Mangsa yang cedera dalam kemalangan itu dihantar ke hospital bagi menerima rawatan,” katanya sebagaimana lapor Utusan Online.

Menurut Harzizi, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.04 pagi dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

Setibanya di tempat kejadian didapati kedua-dua mangsa telah dikeluarkan oleh orang ramai dari kereta berkenaan,” katanya.

Sumber: Utusan Online



loading...
0 Komentar untuk "Cedera Selepas Kereta Penyek Separuh Dilanggar Lori"

 
Copyright © 2014 ISU sEMASA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info