"Anne, rumah banyak lipas lah. Geli nak duduk sini," kata gadis hipster heels lima inci.... Bila diperiksa, rupa-rupanya penyewa yang pengotor

loading...

"Anne, rumah banyak lipas lah. Geli nak duduk sini," kata gadis hipster heels lima inci. 

"Banyak lipas? Rumah kotor kot? Cuba bersihkan dulu, selepas itu spray ridsect, nanti hilanglah lipas tu," balas saya. 

"Rumah kitorang bersihlah Anne, tapi memang banyak lipas. Datanglah bawa ubat lipas ke apa. Kami dah bayar, kan? Mahal," kata penyewa itu lagi. 

"Yelah, nanti ada masa saya datang," dalam otak ligat cari masa yang sesuai/peluang untuk buat pemeriksaan mengejut. 

Jam 7 pagi, dah tercegat depan pintu. Gadis hipster heel lima inci tengah bersiap nak pergi jogging, tengah solat, belum bangun semua ada. Buka pintu, masyaAllah bau. Bau masam + bau perfume + bau penyegar udara = pitam. 

Mana lipas? Terus masuk ke dapur, rasa nak pengsan bila tengok mee hoon dalam kuali berulat, minyak tumpah, pinggan mangkuk berulat. milo tumpah penuh di lantai. Bau? Tak usah cakap, mungkin itulah definisi bersih bagi mereka. 

Tindakan: 

Bersihkan segera dalam masa dua jam
Ini amaran kali kedua dan sewa dinaikkan RM40 dan upah cleaner datang bersihkan setiap minggu.
Collect RM30 setiap seorang, beli pinggan mangkuk dan kuali baru.

Siapa suruh buat masalah, kan? Bebel-bebel tak jalan, buat muka saya bertambah kedut saja. Yang jalan, kena (beri pengajaran) guna duit saja. Barulah mereka tahu nak berubah. 

Bila disiasat, rupa-rupanya mereka masak beramai-ramai, makan ramai-ramai kemudian tapau bagi pakwe rumah depan. Tak tahu ke rumah depan itu pun milik saya? Hahaha. 

Berkenan dengan gadis hipster heel lima inci? Nak buat bini? Nak berkenalan? Meh PM tepi.
loading...
0 Komentar untuk ""Anne, rumah banyak lipas lah. Geli nak duduk sini," kata gadis hipster heels lima inci.... Bila diperiksa, rupa-rupanya penyewa yang pengotor"

 
Copyright © 2014 ISU sEMASA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info