Rugi RM1,000+, Beg Tangan Dicuri Di Surau GM Klang

loading...
KLANG - Malang nasib seorang wanita apabila beg tangannya dicuri semasa bersolat di surau GM Klang. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.08 petang, 19 November lalu, mangsa, Arijan Najihah, mengalami kerugian lebih RM1,000. 

Meskipun redha dengan apa yang berlaku, namun Arijan kesal dengan tindakan beberapa pihak yang bersikap endah tak endah dalam membantu menangani kesnya. 

Keadaan itu memaksa Arijan berusaha sendiri meminta sendiri untuk melihat rakaman CCTV dari pemilik kedai-kedai berhampiran dengan surau dan memang jelas bahawa dia membawa beg ke surau. Malah, nampak individu yang mengambil beg tangannya. 

Individu yang mengambil beg tangan milik Arijan Najihah di surau GM Klang

"Mula-mula polis penyiasat seperti tidak percaya dan saya mendesaknya untuk menyiasat lebih mendalam lagi kerana saya tahu saya berada di pihak yang benar. Dan akhirnya saya berjaya mendapatkan gambar seorang wanita yang telah mengambil beg tangan saya," katanya. 

Suspek seorang wanita yang memakai tudung bunga-bunga dan berbaju belang jelas sekali dilihat telah mengambil beg mangsa dan keluar dari surau. 

Ekoran itu, mangsa terpaksa duduk di tempat letak kereta kerana bimbang jika pencuri itu datang untuk mengambil keretanya pula kerana ada kunci kereta di dalam beg tangannya yang dicuri. 

Gambar wanita yang mencuri beg tangan itu kini viral di media sosial. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta tampil memberikan maklumat kepada Arijan Najihah. - The Reporter
loading...
0 Komentar untuk "Rugi RM1,000+, Beg Tangan Dicuri Di Surau GM Klang"

 
Copyright © 2014 ISU sEMASA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info