"Kami Ambil Cuti 2 Jam Pigi Solat Jumaat, Potong Gaji 1 Jam RM5"..(Solat Jumaat Mereka Vs Solat Jumaat Kita)

loading...
Mungkin kita berasa agak sesak dengan kedatangan warga asing ke negara kita, boleh dikatakan di merata ceruk Malaysia kini termasuk kampung ada warga asing.

Ada yang memandang sinis, ada orang kita yang mahu berkawan dengan mereka, ada yang suka mereka kerana ada sebahagian mereka sering datang ke Masjid untuk solat, walaupun ada segelintir dari kalangan mereka yang mempunyai masalah.

Mereka di dalam gambar ini memang patut dipuji, namun perkongsian ini bukanlah untuk memuji mereka semata-mata, tetapi tujuan utamanya sebagai contoh kepada kita umat Islam negara ini yang sering menjadikan alasan kesibukan kerja untuk tidak beribadat.

Dikongsikan oleh Ustaz Omar Umar kisah beliau berbual dengan beberapa warga asing yang sedang dalam perjalanan untuk menunaikan solat Jumaat di mana mereka berjalan kaki sejauh 2 kilometer.

Jawapan yang diberikan oleh mereka agak memeranjatkan, mereka sanggup dipotong gaji demi untuk menunaikan solat Jumaat.
Solat Jumaat MEREKA

vs

Solat Jumaat KITA..

Mereka datang jauh dari Bangladesh mengutip rezeki sekitar RM800++ sebulan di Kilang Papan di Labu N9..

Dalam hujan lebat ramai berjalan kaki di bahu jalan sejauh 2KM dari penginapan kilang ke Masjid..
Sempat aku tanya mereka;

"tauke bagus ye bagi keluar solat Jumaat.."

Mereka kata;

" tada la bos.. Kita semua ambil cuti 2 jam untuk pigi solat Jumaat.. potong gaji.. 1 jam RM 5...2 jam potong RM10.."

Ya Salam!!!

kat ceruk Labu tu, kalau tak pergi solat, sape pun tak kisah nak tanya.. tapi mereka merasa tanggungjawab dengan Tuhan pemberi rezeki pada mereka.. sanggup hilang RM 10 berjalan kaki untuk sama berjemaah..

Kita macam mana?

sumber- Siakapkeli.my
loading...
0 Komentar untuk ""Kami Ambil Cuti 2 Jam Pigi Solat Jumaat, Potong Gaji 1 Jam RM5"..(Solat Jumaat Mereka Vs Solat Jumaat Kita)"

 
Copyright © 2014 ISU sEMASA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info