INFO:Cara Orang Sakit Bersuci

loading...
Syeikh Ibn Uthaimin r.h. berkata:

Bagi orang sakit, terdapat hukum khusus membahaskan mengenai mereka kerana dalam keadaan itu syariat Islam memberi keringanan kepada mereka. Ini kerana, Nabi s.a.w. diutuskan dengan agama yang bertolak ansur untuk memudahkan bukannya menyusahkan.

Firman Allah s.w.t.:

Tidak dijadikan hukum-hakam yang menyusahkan kamu semua dalam mengamalkan agama.(al-Hajj 22: 78)

Firman Allah s.w.t.:

Senarnya Allah inginkan kemudahan dalam semua perkara kepada kamu dan sama sekali tidak ingin menyusahkan kamu. (al-Baqarah 2: 185)

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Agama ini mudah. (Hadis Riwayat Bukhari dalam kitab al-Iman, bab ad-Din Yusrun (39).

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Apabila aku perintahkan sesuatu perkara kepada kamu semua, lakukanlah menurut kemampuan kamu. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berpandukan kaedah asas ini, allah memberi keringanan bagi sesiapa yang keuzuran dalam beribadah menurut keuzuran yang mereka alami agar lebih beristiqamah dalam melakukan ibadah tanpa sebarang kepayahan dan kesulitan.

Oleh itu, apabila seseorang ada keuzuran untuk bersuci, caranya ialah:

1 Orang sakit wajib bersuci menggunakan air. Dia wajib berwudhu dan mandi junub menggunakan air.

2 Jika tidak mampu bersuci menggunakan air sebab lemah, bimbang menambahkan sakit atau melambatkan peroses penyembuhan, dia bolehlah bertayammum.

3  Cara bertayammum ialah menepuk tanah yang suci menggunakan kedua-dua belah tapak tangannya dengan sekali tepukan lalu meniup dan menyapu kedua-dua belah tapak tangan itu ke muka serta kedua-dua belah tangan hingga ke pergelangan.

4  Jika tidak mampu menyucikan dirinya, orang lain boleh menyucikan atau bertayammum untuknya (membantu mentayammumkan).

5  Jika sebahagian anggota wudhu termasuk anggota lain sakit, dia hendaklah berusaha membasuh dengan air. Jika tidak boleh membasuh dengan air, sapulah sekali menggunakan air sepintas lalu. Jika tidak mampu juga, bertayammumlah atas anggota yang cedera itu sahaja.

6  Jika anggota wudhu patah teruk, terbakar dan sebagainya, dia boleh menyapu menggunakan air sebagai ganti kepada basuhan dan tidak perlu bertayammum kerana sapuan sudah menggantikan basuhan.

7  Boleh bertayammum menggunakan debu dinding atau benda lain yang suci dengan syarat berdebu. Jika dinding yang digunakan untuk bertayammum bukan daripada jenis tanah seperti al-Buyah (lembab) tidak boleh bertayammum dengannya kecuali tedapat padanya debu.

8  Jika tidak dapat bertayammum menggunakan tanah, dinding, atau sesuatu yang diperbuat daripada tanah, tidak mengapa meletakkan tanah dalam bekas atau kain lap kemudian bertayammum dengannya.

9  Jika dia telah bertayammum untuk solat dan kekal dalam keadaan bersuci sehingga waktu solat berikutnya, dia boleh melakukan solat dengan tayammum yang pertama tanpa mengulanginya untuk solat kedua. Kerana dia masih kekal dalam keadaan suci serta tiada perkara yang membatalkan kesuciannya.

10  Wajib orang yang sakit menyucikan badannya daripada najis. Jika tidak mampu, dia boleh solat dalam apa jua keadaan dan solatnya tetap sah dan tidak perlu mengulanginya.

11  Wajib orang yang sakit mengerjakan solat menggunakan pakaian yang bersih. Jika pakaiannya terkena nahis, dia wajib membasuhnya atau menukarkannya dengan pakaian lain yang suci. Jika tidak mampu, dia boleh solat dalam apa jua keadaan. Solatnya tetap sah dan tidak perlu mengulanginya.

12 Wajib orang yang sakit mengerjakan solat di atas tempat yang bersih. Jika tempat itu terkena najis, dia wajib membasuhnya atau mengalihkan kedudukannya ke tempat yang suci. Jika tidak mampu, dia boleh solat dalam apa jua keadaan.

Solatnya tetap sah dan tidak perlu dia mengulanginya.

13  Orang yang sakit tidak boleh melewatkan solat dari waktunya hanya disebabkan keuzuran tidak mampubersuci (berwudu) atau bertayammum. Dia boleh bersuci menurut kemampuannya ketika itu. Kemudian, dia hendaklah melakukan solat tepat pad awaktunya walaupun badan, pakaian atau tempat terkena najis sedangkan dia tidak mampu mengelaknya. (Rujuk Majmu Fatawa wa Rasail, Syeikh Muhammad Soleh al-Uthaimin, jil. 11, m/s. 154-156 dan Risalah Ahkam Solat al-

Maridh wa Toharatuhu, syeikh abdul Aziz bin Baaz, m/s. 4-11)
loading...
0 Komentar untuk "INFO:Cara Orang Sakit Bersuci"

 
Copyright © 2014 ISU sEMASA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info