loading...
Setiap tahun, pada 28 Mei,� jam 5.16 petang dan 16 Julai,� jam 5.28 petang mengikut Waktu Piawai Malaysia (WPM), umat Islam di negara ini berpeluang untuk menyemak arah kiblat di lokasi masing-masing.
Berpandukan kepada analisis data matahari oleh Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, matahari akan berada tepat di atas Kaabah setiap tahun pada waktu dan masa tersebut dan fenomena ini� menyebabkan semua bayang objek tegak akan menunjukkan tepat arah kiblat. Mengikut astronomi, keadaan ini berlaku apabila deklinasi matahari adalah bersamaan dengan latitud Kaabah. Salah satu cara yang boleh digunakan adalah mendirikan tiang tegak di suatu kawasan lapang dan hujung bayang yang terhasil menghala ke pangkalnya pada waktu tersebut adalah arah kiblat. Umat Islam disaran memastikan jam yang digunapakai adalah tepat bagi kesempurnaan semakan.
APAKAH ITU ISTIWA� MATAHARI?
Istiwa’ utama matahari atau istiwa A�zam di Ka�bah merupakan fenomena di mana matahari akan berada tepat di titik zenit (ghayah) ketika istiwa.
Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut istiwa matahari (mel syams) akan bersamaan dengan nilai latitud Mekah, di mana Ka�bah terletak. Apabila istiwa utama matahari berlaku, bayang objek tegak di tempat lain akan menunujukkan arah ke Ka�bah. Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi.
INFO: Cara mengukur arah kiblat
Hanya boleh menggunakan kaedah matahari terbenam pada 28 Mei jam 5.16 petang dan 16 Julai jam 5.28 petang setiap tahun
Dirikan objek lurus seperti tiang di tanah lapang dan rata
Pastikan ia tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakan tiang, letakkan tali yang diikat pemberat pada hujung tiang
Tempat yang dipilih tidak terlindung sinaran matahari
Semakan perlu dibuat tepat mengikut waktu yang ditetapkan Sirim seperti waktu televisyen dan radio. Oleh kerana fenomena itu berlaku pada waktu petang di Malaysia, bayang tiang akan jatuh ke arah timur. Dengan itu, arah kiblat ialah yang menghadap barat.
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
1. Setiap orang Islam digalakkan untuk melakukan semakan ketepatan arah kiblat di tempat kediaman dan ibadah masing-masing bagi mengesahkan ketepatan arah kiblat.
2. Setelah semakan di buat dan terdapat sebarang kesilapan, sila betulkan mengikut arah yang betul, dan hubungi Bahagian Falak Syarie, Jabatan Mufti Negeri Selangor.
3. Oleh kerana fenomena ini berlaku sebelah petang di Malaysia, bayang tiang akan jatuh ke arah timur. Dengan itu, arah kiblat ialah yang menghadap ke arah barat.
Sumber : Majlis Agama Islam Selangor
Gambarajah: Berita Harian
Maklumat tambahan : Wikipedia- Kiblat
loading...
0 Komentar untuk "Cari Arah Kiblat Kaedah Matahari"