Bos Syarikat Kabinet Gembirakan Kesemua 800 Pekerjanya Dengan Percutian Menaiki Kapal di Caribbean

loading...


Bos sebuah syarikat menjual kabinet di Waterloo menggembirakan kesemua 800 pekerjanya apabila mengumumkan akan membawa mereka ke Caribbean dengan menaiki kapal.

Pekerja-pekerja di Bertch Cabinets akan dapat menikmati pengalaman percua ke Caribbean bulan depan, kata syarikat itu di laman Facebooknya.

"Kita akan pergi pada 8 Januari ini", kata presiden syarikat itu, Gary Bertch.

"Kita akan diterbangkan oleh empat pesawat sewa ke Miami pada Ahad dan akan tinggal di hotel lima bintang. Kemudian pada Isnin, kita akan naik bas dari hotel ke pelabuhan sebelum berlepas".

Bertch memberitahu pekerjanya bahawa percutian ini merupakan satu ganjaran kepada mereka kerana membantu syarikat terbabit mencapai sasaran untuk tahun itu. 

"Kita sangat gembira kerana boleh mencapai sasaran. Dan ia bukannya mudah. Lebih-lebih lagi sasaran kewangan. Kita juga mencapai sasaran lain, biarpun tidak banyak. Diharap kejayaan ini dapat dicapai sekali lagi tahun hadapan.", katanya.

Produksi di syarikat terbabit.

Sumber: CNN
loading...
0 Komentar untuk "Bos Syarikat Kabinet Gembirakan Kesemua 800 Pekerjanya Dengan Percutian Menaiki Kapal di Caribbean"

 
Copyright © 2014 ISU sEMASA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info