Balasan Kahwin Karena Duit Bukan Kerana Sayang

loading...
Balasan Kahwin Karena Duit|Seorang wanita yang berkahwin dengan lelaki tua kerana harta akhirnya terpaksa berputih mata selepas suaminya meninggal wasiat untuk mewariskan semua hartanya kepada orang lain.

Sandrine Devillard baru-baru ini kalah dalam tuntutannya di mahkamah bagi mencabar wasiat suaminya, Marcel Amphoux yang meninggal dunia pada November 2012.

Dalam wasiat yang ditulis hanya beberapa minggu sebelum Amphoux, 68, meninggal dunia, lelaki itu mewariskan semua wangnya kepada sepupu perempuannya.
Dalam wasiat ditulis di belakang sampul surat itu, Amphoux turut mewariskan semua pondok miliknya di kawasan pergunungan di Perancis kepada penyewa.

Amphoux dikenali dengan sifatnya yang pelik termasuk jarang mandi dan hidup di dalam pondok tanpa bekalan elektrik atau air di kampung Puy-Saint-Pierre di pergunungan Alpine

Beliau digelar dengan manusia gunung dengan muka yang hodoh dan kurang menjaga keberihan,mulutnya penuh bau busuk tidak ada wanita yang mahu menikah dengannya kecuali wanita bermabut pirang itu yang lebih dari dua dekat lebih muda darinya.

Untuk pengetahuan umum beliau adalah merupakan seorang bintang rock di zamannya yang hilang secara misteri dalam sebuah kemalangan jalan raya.
loading...
0 Komentar untuk "Balasan Kahwin Karena Duit Bukan Kerana Sayang"

 
Copyright © 2014 ISU sEMASA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info