loading...
Ramai lelaki yang bakal bergelar suami akan tertanya-tanya apakah soalan yang bakal ditanya oleh jurunikiah time akad nikah atau time serah borang nikah.
Ada segelintir yang mula menghafal pelbagai hukum yang mereka sendiri sebelum ini tidak pernah hafal dan ada juga yang sudah bersedia dengan apa jua soalan yang mereka sendiri sering amalkan sebelum ini.
Dipetik dari Facebook Ustaz Abdullah Khairi, beliau telah menulis serba sedikit antara soalan popular yang sering ditanya sewaktu nak hantar borang nikah.
Soalan yang ditanya masa interview untuk hantar borang nikah:
1. Ucap dua kalimah syahadah beserta maknanya sekali.
2. Baca Surah Al-Fatihah
3. Baca doa qunut
4. Apa yang awak tahu tentang munakahat? Sebutkan rukun nikah?
5. Apa itu thaharah? Hadas ada berapa jenis? Najis ada berapa jenis? Bila kena mandi wajib?
6. Tanggungjawab suami/Isteri.
1. Taharah?
Bersihkan diri, pakaian, tempat tinggal, dan lain lain daripada kotoran @ najis
2. Hadas ada dua.. hadas besar, hadas kecil.
3. Sebelum lakukan ibadah wajib:
Hadas besar kena mandi wajib.
Hadas kecil kena wuduk
4. Bahagian najis,
- Najis muhaffafah
- Najis Mutawassitah
- Najis Mughallazah
5. Tanggungjawab suami:
- Menunaikan perintah/hak Allah
- Bimbing isteri lakukan kebaikan, tinggalkan keburukan
- Beri nafkah pada isteri.
- Menyayangi/ beri layanan baik kepada isteri
- Melindungi isteri
6. Munakahat - ilmu tentang perkahwinan.
7. Rukun nikah
- pengantin lelaki
- pengantin perempuan
- wali
- saksi
- Sighah - Ijab dan Qabul
Sila SHARE, tag pasangan uollss.. penting utk rujukan uolss nak kawin akan dtg.. Semoga membantu uolss yg nak temuduga nak kawin nanti..
Moga Allah permudahkan urusan kalian
loading...
0 Komentar untuk "Apakah Soalan Paling Popular Ditanya Masa Nak Hantar Borang Nikah"