loading...
Namun begitu, apa yang boleh dikatakan dengan banyaknya kawasan perumahan baharu, masih terdapat individu yang tidak mampu untuk membeli rumah, walaupun terdapat banyak pilihan. Ini mungkin disebabkan oleh, harga yang agak tinggi buat segelintir masyarakat.
Disebabkan itu, admin ingin kongsikan, menerusi laman Star Property, yang turut dikongsikan oleh laman Gila Hartanah, mengenai lapan skim perumahan mampu milik yang boleh anda rujuk dalam membuat permohonan perumahan.
PR1MA antara salah satu projek perumahan mampu milik yang sangat popular dengan memfokuskan kepada golongan kelas tengah.
2. Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome)
Skim ini adalah bertujuan untuk menggalakkan sector swasta membina lebih banyak rumah mampu milik. Syarikat swasta yang berkolaborasi dengan MyHome akan menawarkan dua kategori rumah: MyHome1 dan MyHome2. Perbezaan utama antara kedua-dua kategori tersebut adalah saiz dan harga.
PPA1M ialah program perumahan mampu milik khususnya memberi manfaat kepada kakitangan awam.
4. Program Perumahan Rakyat (PPR)
PPR adalah program rumah kos rendah yang mensasarkan golongan yang tidak berkemampuan.
5. Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M)
RMR1M mensasarkan golongan berpendapatan rendah.
6. Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP)
RUMAWIP mensasarkan kedua-dua golongan berpendapatan rendah dan sederhana dalam Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan)
7. Rumah Selangorku
Program Rumah Selangorku ini bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di kawasan Selangor
8. Rumah Idaman Rakyat (RIR)
RIR mensasarkan golongan berpendapatan sederhana.
Sumber: Star Property, Gila Hartanah
loading...
0 Komentar untuk "Anda Boleh Mohon 8 Jenis Skim Perumahan Mampu Milik Yang Ada Ini Jika Berkelayakan"